Ahlan Wasahlan ^-^
Friday, July 8, 2011
~Ujian Dan Kepahitan Bukti Cinta-Nya Pada Sang Hamba~~
Assalamualaikum, dengan nama Rabb yg indah kumulai kalam ini. Rasa hati ingin benar berkongsi cerita mengenai manisnya ujian dari Allah, sang khaliq pencipta kita. Walaupun mungkin ada di kalangan kita yg telah merasai betapa nikmatnya setiap kali dugaan hebat menjelma, merenggut kebahagiaan, menjemput kesedihan di hati, tetapi aku tetap juga ingin mencoret keindahan itu di sini. Tidak kurang juga masih ada yg tertanya2 mengapa diri diduga sebegitu pedih. Diri ini juga kadang melatah tanpa sedar tika diuji, justeru, peringatan demi peringatan akan kasih syg-Nya amat penting untuk dijadikan pedoman hidup. Sedar tak sedar, semua orang sedang diuji. Ada yg diuji dengan kesedihan, kematian, kemiskinan, kesakitan, kemalangan dan tidak kurang juga dengan kemewahan, kesihatan, kebahagiaan. Ya sudah jelas ujian yang tampak di mata bagi ujian yang pahit, tapi bagaimana pula dengan ujian yg manis itu?? Tatkala berbicara tentang ujian, masih ramai yg tidak tahu bahawa yg manis itu juga ujian bagi membuktikan sama ada kita sebagai hamba mensyukuri atau mengkhianati nikmat kurniaan-Nya. Entri kali ini mengisahkan sebuah cerita yang pada aku mungkin agak klise tapi isi dan hikmahnya sangat mendalam. Cerita dari Indonesia ini diceritakan oleh ayah aku seusai Isya' tidak lama dulu. Kata ayah, kisah benar ini dikirim oleh kawan ayah lewat email account ayah. Ikuti dan hayatilah..
"Si Penjual Tempe"
Pada suatu ketika dulu, ada seorang penjual tempe di sebuah kampung pedalaman. Seorang hamba Allah ini diuji dengan kedhaifan hidup bagaikan kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Hidupnya hanya bergantung pada perniagaan tempenya. Sudah menjadi lumrah berniaga, ada pasang surutnya, tidak kurang juga persaingan sesama peniaga. Namun begitu, hamba Allah ini tidak pernah merungut apatah lagi mempersoalkan Allah tentang takdir hidupnya sebagai seorang yg miskin. Siang dicurahkan tenaganya untuk membuat tempe dan malamnya dihiasi dengan munajat indah berlagu kehambaan, diterangi tahajjud cintanya pada Rabbul I'zzati, melepaskan segala kerinduan dan lelahnya pada si Dia yg maha pengasih lagi pemurah. Begitulah rutin hidup si penjual tempe yang tawadhuk itu.
Di gerainya kebetulan ada seorang peniaga yang juga meniaga tempe sepertinya, boleh dikatakan lebih mewah kehidupannya. Selalu saja orang singgah membeli tempe si peniaga itu. Apakan daya si hamba Allah ini, hanya pondok usang itulah tempatnya berniaga tempe dan itulah satu2satunya harta miliknya selain rumah usang. Nak berpindah ke tempat berniaga baru dia tidak mampu. Tapi dia sentiasa bersyukur dengan rezeki Allah yg kadangkala tenggelam timbul itu.
Nak dijadikan cerita, pada suatu hari ditakdirkan Allah semua tempe yang dibuatnya tidak masak2. Kebiasaannya tempe akan masak setelah beberapa lama diperam tapi kali itu tidak. Maka kekallah tempe itu dalam keadaan yg tidak masak2. Pelbagai usaha dilakukan dengan membuat tempe yg baru tetapi entah di mana silapnya tetap setiap kali tempe yg dibuat tidak masak2. Hamba Allah ini lalu berdoa memohon rezekinya pada Allah. Hampir saja dia tersungkur diuji dugaan hebat itu. Hatinya merintih sayu
" Ya Allah, bagaimana harus aku temui rezekiku lagi. Mengapa aku diuji sebegini, selama ini aku begitu mempercayai-Mu, berharap pada-Mu, siang dan malam aku mengingati-Mu, maka bantulah aku. Kau tunjukkanlah padaku hikmah di sebalik semua ini. Sesungguhnya, aku tidak sanggup lagi menanggung ujian-Mu Ya Allah, bantulah hambu-Mu ini."
Sahabatku sekelian, dengan kuasa Allah yg Maha Mendengar dan Memakbulkan permintaan hamba-Nya, datanglah seorang kaya yang kelihatannya tidak pernah singgah di teratak buruk hamba Allah tadi. Kata si kaya itu. " Maaf, di sini ada dijual tempe yg belum masak?" Hamba Allah itu tadi yang sedang khusyu' berdoa lantas terhenti dan berpaling pada si kaya itu. "Pelik benar orang kaya ini, sepanjang hidupku masih belum pernah orang membeli tempe yg belum masak" hatinya bermonolog. “ Ada. Tapi kenapa tuan nak beli yang belum masak?” Tanya hamba Allah itu kehairanan. “ Saya sebenarnya nak beli untuk anak saya yg belajar di luar negeri. Dah lama anak saya nak makan tempe di rantau orang tu, maklum la kat sana mne ada tempe. Ni pun dah merata tempat saya cari, tapi semuanya jual tempe yg dah masak je. Kalau ada yang belum masak kat sini, saya nak beli kesemuanya sekali”, kata si kaya. Dengan penuh kesyukuran, hamba Allah itu tadi sujud tanda berterima kasih pada Sang Khaliq, bibirnya juga basah dengan zikir hamdalah.
Nah, betapa besarnya hikmah Allah di sebalik dugaan yg Dia berikan pada si hamba itu tadi. Rupa-rupanya, tempe yang tidak masak itu lebih membawa keuntungan padanya berbanding tempe yang sudah masak pada hari itu. Orang kaya itu tadi juga bukan saja membeli tempe bahkan juga mengambil hamba Allah itu tadi bekerja dengannya di bandar. Maka dengan izin dan keredhaan Allah, si hamba itu tadi kini telah berjaya mengembangkan perusahaannya dgn maju. Siapa sangka akan rezeki dan tuah manusia, bak kata pepatah “tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu” melainkan Sang Pencipta. Ingatlah, “ la yukallifullahunafsan illawusa’ha, laha ma kasabat waa’alaiha maktsabat”. Sesungguhnya Allah tidak membebani seseorang melebihi kemampuannya, dia mendapat pahala dari kebaikan yg dilakukannya dan mendapat keburukan daripada kejahatannya.
Allah bersama-sama dengan sangkaan hamba-Nya. Justeru, bersangka baiklah dengan segala pemberian, nikmat mahupun ujian yang diberikan pada kita yang tidak lain hanyalah sebagai tanda kasih sayang-Nya pada kita. Jangan pernah jemu mengucapkan “innalillahi wa innailahiraji’un”, tatkala diuji, nescaya segala kesabaran kita mampu menjadi wadah kita ke syurga idaman. Insya-Allah~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment