Ahlan Wasahlan ^-^

Friday, September 4, 2015

~Dhuha~

Assalamualaikum w.b.t.. Salam sayyidul ayyam, hari barakah penghulu segala hari..

Apa khabar hati? Iman? Dah kahfi? Sollu 'alan nabi? Dhuha? Klau belum, masih belum terlewat, jom sama2 buat, masih ada masa lagi, in shaa Allah, pahala dan kasih sayang serta rahmat Allah sedia menanti =)

Hari ni, tergerak hati untuk berkongsi satu cerita yang dah agak berapa bulan aku simpan.. Mengenai seorang kakak staff di ofis aku ni.. Di ofis tempat aku bekerja skang, Alhamdulillah, ada surau yang cukup kondusif disediakan untuk muslimin dan muslimah, mungkin sebab company melayu dan boss yang lebih faham akan tuntutan dan kehendak agama serta keperluan setiap pekerjanya untuk solat dengan selesa.. (Jangan terkejut andai aku katakan bahawa tidak banyak firma guaman yang menyediakan surau buat pekerjanya, bahkan ada yang terpaksa curi2 solat di sebalik stor2 file yang bertimbun2, Allahu Akbar)

Ok, berbalik pada cerita akak tadi.. Di ofis aku ni, diberi kebebasan untuk pekerja melakukan solat2 sunat yang dirasakan perlu selagi mana tidak mengganggu kualiti kerja. bagi aku, dalam pukul 9.30 - 10a.m adalah waktu yang aku rasakan sesuai untuk aku ke surau bagi menunaikan solat dhuha.. Solat yang telah aku istiqamah amalkan sejak dari semester 3 degree di universiti, dan solat yang sangat2 membawa perubahan dalam hidup aku, yang dapat aku rasakan impaknya bukan calang2 hebat terutama dari anugerah rezeki yang Allah bagi, Alhamdulillah.. Bukan untuk riak, tapi sekadar berkongsi untuk memotivasi ;)

Di ofis tempat aku kerja ni dulu, aku xperasan siapa2 yang amalkan dhuha sehinggalah dalam tiga ke empat bulan lepas, aku perasan ada sekeping kertas yang terkandung doa dhuha, dalam bahasa arab serta terjemahannya sekali, dalam almari telekung surau bahagian muslimah.. Rasa ingin tahu pun membuak-buak akan siapakah pemilik kertas doa tersebut.. Tiba2, dalam 2 hari lepas tu, waktu aku nak masuk ke dalam surau, aku terdengar suara seorang kakak yang amat aku kenali di kalangan staff ofis, merintih dan merayu dalam doanya pada Allah, kedengaran doa dalam bahasa arabnya yang agak terbata-bata, tapi aku kagum sebab dia cuba juga membaca dan memahami setiap permohonan dalam doa dan pintanya pada Ilahi, maha Pemberi Rezeki.. Masya Allah!! 

Kakak ini yang kukenali, seorang yang happy go lucky, berpakaian biasa2 tapi still menjaga auratnya dengan baik, tapi dapat sembunyikan dengan baik masalah yang dihadapinya.. aku pasti dia ada masalah dr segi cara dia berdoa dan bercakap pada Allah, esak tangisnya yang sembunyi2 kedengaran di telingaku setiap kali usai dhuha.. siapa tahu, andai dhuha saja akk ini sudah menangis, apatah lagi dalam tahajjud malamnya.. Allahu, aku rasa kerdil sangat di hadapan dia.. 

Kami selalu bertembung di surau kebelakangan ini, dan aku beranikan diri untuk mendekati dia.. Bermula dengan perbualan2 biasa sehinggalah masalah yang dihadapinya.. Tidak syak lagi, sangkaan aku tepat.. Dia sedang diuji sangat berat ketika ini, yang tidak dapat aku ceritakan di sini.. Apapun masalah yang Allah beri pada dia, aku sentiasa memohon agar Allah permudahkan urusannya serta memandang kakak tadi dengan selembut pandangan kasih sayang-Nya.. agar diberikan jalan keluar dari setiap ujian yang diberi Allah..

Begitu juga dengan diriku, juga sedang diuji, dalam ujian dan cara yang berbeza.. begitu juga dengan kamu yang membaca blog sepi ini saat ini, sama2 mohon pada Allah, moga dipermudahkan segalanya.. Berusaha meraih cinta Allah, agar setiap ujian yang diberi dapat diterima, dilalui dan dihadapi dengan mudah dan manisnya.. Salah satu dari usahanya adalah dengan solat Dhuha.. pembuka segala rezeki.. Allah maha Pemberi Rezeki, maka pada Dialah selayaknya kita meminta dan memohon.. Moga diberi yang baek2 saja.. Apabila dapat yang dihajati, kita bersyukur, jika dapat yang sebaliknya, kita bersabar.. Kerana setiap yang dianugerahkan Allah adalah yang terbaek walaupun nampak pahit di pandangan mata insan. In shaa Allah =) Wallahu'alam..