Ahlan Wasahlan ^-^

Monday, July 7, 2014

~Sejadah Kecil Itu~

"Allahu akbar", adik kecil bertudung pink comel tu pun qiam, rukuk dan sujud, betul2 depan sejadah aku. Berhadapan.. Aku rukuk, dia rukuk. Aku sujud, dia sujud. Macam cermin aku je lagaknya.  Dalam hati aku "Alamak, ni karang ada yang terhantuk kepala ni, adik." Sesekali solat jadi sedikit kurang khusyuk, bila adik comel tu tengok je segala gerak geri solat aku. Dari Solat Isya' sampai Terawih, adik tu tak jemu buat benda yang sama, walaupun aku dah ajak solat sebelah aku. So, aku biarkan je dia dengan cara dia yang agak pelik tu. Solat belakangkan kiblat sambil mengadap aku. Hihi, comel sangat (^_^)>

Usai habis je solat, aku pun terdetik dalam hati, mungkin adik kecil tu tertarik dengan sejadah kecil yang aku gunakan tuk lapik dahi tu kot. Biasalah, budak2, memang tertarik dengan benda yang comel dan berwarna. Lalu aku pun hadiahkan la sejadah tu kat dia sebab nampak dia suka sangat berkongsi sujud ngan aku tadi atas sejadah kecil tu.

Dia geleng kepala. Dia cakap tak nak. Aik, pelik la pulak budak ni, tadi beria berebut nak sujud kat atas sejadah ni, sampai nak terhantuk2.. Tiba2, mak budak comel tu datang, mintak maaf kalau2 adik tadi dah ganggu solat aku. Mak dia cakap, adik tu memang dah ada sejadah kecil dia sendiri. Cuma, mungkin dia asyik tiru setiap pergerakan solat aku sebab aku tak pakai telekung macam orang lain. So adik tu nampak jelas setiap pergerakan aku, yang dia tak boleh nampak pada muslimah lain yang bertelekung. Serius aku tak sempat bawak telekung, sebab abes je program terus pegi ke surau tu. Dengan jubah yang aku pakai, dan kebetulan ada sejadah kecil tu dalam kereta. Pakai stokin terus solat. Tapi jujurnya, aku lebih selesa bertelekung, lebih sopan.

Ibrahnya, secara tak langsung, berjaya buatkan adik tu solat dengan cara yang betul bila dia nampak segala pergerakan solat kita dengan jelas, dari takbiratul ihram, duduk antara dua sujud, syahadah, tahiyyat hingga salam. Alhamdulillah, mungkin aku hanya sebagai asbab, tapi segala yang baik adalah dari Dia. Sekadar berkongsi cerita, bukan untuk dibangga2. Btw, bagus adik tu, baru masuk dua tahun lebih, tapi dah pakai tutup aurat, rajin ikut solat, moga jadi wanita solehah ye adik. Nak panggil "adik" ke "nak"  ye? Eh?!! Haha.. Bajet muda plak, hihi =P

Wahai Muslimah, solatlah walaupun tanpa telekung, selagi mana pakaian kita patuh syarie dari segi penutupan auratnya, tidak nipis/jarang/ketat dan bersih dari segala najis. Islam itu mudah. Siapa tahu, anda pula selepas ini menjadi "model" tarbiah untuk adik2 comel yang baru nak belajar solat? In shaa Allah, moga bermanfaat ;)