Ahlan Wasahlan ^-^

Monday, December 7, 2015

Jika Di Tanya Pada Hati 💗💜❤

Jika ditanya pada hati yg paling dalam,
Sungguh aku takut, aku sangat2 takut,
Menghadapi masa depan yg tidak pasti.

Jika ditanya pada hati yg x pernah menipu,
Sungguh aku takut pd sebuah pengharapan,
Kerana pengharapan yg terlalu tinggi,
Bisa mengecewakan hati,
Yang terlalu lembut dan rapuh,
Mengetuk kembali segala pintu kesedihan,
Yang dulu pernah singgah beberapa ketika.

Kadang hati dan nafsu mengiyakan,
Sejenis perasaan halus itu bertapak kembali,
Perasaan yg boleh jadi sgt indah,
Dan boleh jadi sangat pedih.

Tapi kadang akal menafikan,
Adakalanya mengingatkn dn berbisik,
Agar diri siap untuk satu kehilangan,
Andai harapan tidak seperti yg diimpi,
Hati-hati dengan hati.

Hanya pada-Mu ya Rabb,
Penentu segala takdir hidup yg tbaek,
Kuserahkan segalanya,
Dan aku kembali tenang.

Rabbi yassir, wala tu'assir..
Ameen ya rabb..

Thursday, November 12, 2015

Nasihat Penuh Hikmah, Mendamaikan Hati (Part 2)

*****************************************************************************

"Cuma nasihat m.cik selaku orang yang sudah mempunyai anak2 peringkat remaja.. walaupun mungkin belum nampak jodohnya, di mana dan bila akan bertemu, tapi berusahalah untuk membuat persediaan2 alam rumahtangga dari awal2 lagi.. jangan tunggu dah nampak jodoh baru nak bersedia, takut ketika itu mungkin dah terlewat..  yelah, siapa tahu, orang tengok je anna, terus berkenan nak buat isteri nanti kang, hah, tak mustahil, hehe.." gurau mak cik yang sangat mengusik jiwaku.

" Haish, mak cik ni pandai je gurau ye," tawaku terhibur dengan sifat keibuan dan kasih sayang mak cik.

" Yelah, anak mak cik ni kan boleh tahan orangnya.. (ok yang ni aku bukan nak perasan laa, sory ea korang kalau tak puas ati, hehe =p)  Antara buku yang boleh mak cik cadangkan sebagai bahan bacaan yang baek ialah buku "KEAKHWATAN BERSAMA TARBIYAH UKHTI MUSLIMAH TUNAIKAN AMANAH". Ada 4 jilid, tulisan ikhwah Indonesia, Cahyadi Takariawan. Cuma mak cik tak ingat jilid mana yang dia kupas secara detail mengenai keperluan persediaan alam rumahtangga. Anna pernah baca? Mungkin kalau tak biasa dengan bahasa Indonesia, anna akan kekok skit la.."

"Wah!! Menarik, emm belum pernah lagi mak cik.. takpe mak cik.. Anna suka bahasa Indonesia, kadang bahasa diorang lagi indah penyusunannya walaupon kadang xbape paham.. In shaa Allah anna akan cuba cari.. Kalau ada suggestion laen pon, mak cik boleh suggest pada anna, sebab anna mmg suka membaca ;)" balasku tertarik.

"Ini mak cik bagi gambarnya ya, nak. Semoga Allah memberkahimu dan memudahkan segala urusan dunia akhiratmu. Jaga diri, jaga iman anna =)" nasihatnya menyentuh kalbu.

"In shaa Allah, mak cik.. Mak cik juga, semoga Allah balas lebih baek, ameen =)," balasku penuh keharuan dengan kasih sayangnya.

Haa, buku kat bawah nilah yang aku duk cari siang dan malam, panas dan hujan sanggup ku redah ( ok yang ni over la an? Haha) serata Johor Bahru ni tapi tak jumpa2.. mana lagi la nak cari ea? Online maybe.. Hmm, moga Allah permudahkan =)




Wednesday, September 9, 2015

Nasihat Penuh Hikmah, Mendamaikan Hati (Part 1)



Ujian demi ujian datang berlabuh di hati, tanpa dipinta, ia tetap menyapa sesuai mengikut aturan takdir Ilahi. Adakala aku teguh berdiri menghadapi setiap mehnah dunia, tapi adakalanya aku tersungkur lemah dan futur. Aku masih tetap manusia biasa, tetap perlukan Dia dan orang-orang yang mencintai-Nya di sisi.

Aku capai handphone, dan kugagahkan jari menaip satu nama yang baru kukenali tapi 'chemistry' antara kami seakan telah lama bersemi dengan indahnya =) Mungkin sebab nama kami hampir2 sama ;) Alhamdulillah..

"Assalamualaikum w.b.t, mak cik. Mak Cik, Anna futur. Anna rasa lemah. Anna sedang cuba qawwiy untuk teruskan langkah hidup ini cuma kadang2 Anna jadi lemah bila ujian2 hati macam ni datang melanda hidup Anna, Mak Cik.. Anna tak mampu Mak Cik. :'( Mohon nasihat yang sangat menenangkan hati dari Mak Cik yang Anna kagumi.. Walaupun baru kenal, tak pernah jumpa, tapi Anna rasa dekat je dengan Mak Cik, jzkk Mak Cik =)"

Butang send ditekan dan dalam masa beberapa saat saja notifikasi whatssapp berbunyi, isyarat mesej baru masuk dari seseorang, nada dering yang special sengaja kugunakan untuk insan istimewa yang seorang ini. Supaya nanti, bila2 terima mesej dari dia, dapatlah aku bezakan dengan yang lain. Dan dapat aku balas tanpa lengah =)

"Wslm w.b.t, Anna yang Mak Cik sayangi =) Mak Cik faham situasi yang sedang Anna tempuhi. Itulah hidup, penuh ujian dan mehnah. Allah itu Maha Pengatur dan mengurus kehidupan kita setiap saat dan ketika. Bertuah kan kita. Ini semua dr kasih sayang Dia yang Maha Mengasihi yang mengatur grand design manusia serta seisi jagat. Rasa sedih itu fitrah, tak mengapa. Tempuhilah ia kerana ia sebahagian dari pengalaman2 yang kalau kita mampu kutip sebaik-baiknya akan lebih mematangkan kita especially dalam jalan-jalan kita untuk kembali kepada fitrah diri kita sendiri."balasnya penuh hikmah dan pengertian.

"Masha Allah!! Nasihat Mak Cik!! Jzkk Mak Cik :')" balasku.

"Itu yang dinamakan pengalaman, yang pertama kali dirasai akan terasa sangat perit dan pedih, tapi yakinlah bahawa rasa perit dan pedih itu akan berkurang dengan bertambahnya bilangan ujian yang mendatang. Ia kelihatan sangat melukakan tapi luka itulah yang akan mematangkan jiwa. Kat situ, Allah bagi rezeki kat kita =)" balasnya lagi.

"In shaa Allah =) Emm, contohnya rezeki ape tu mak cik?" soalku tidak begitu jelas.

"Rezeki kematangan jiwa. Jiwa matang adalah jiwa yang lebih tenang, in shaa Allah =)" balasnya indah.

"Allahu Akbar! In shaa Allah, Mak Cik, doakan Anna kuat ya. Anna tau Allah takkan uji hamba-Nya melebihi kemampuannya, kalau Allah percaya Anna, takkan Anna tak boleh percaya diri Anna sendiri kan mak cik?" soalku semula.

"Haa, tau pon. Pandai anak Mak Cik sorang ni =)" balasnya tanpa pernah meninggalkan icon smiley di hujung setiap jawapan. Itu yang memikat hatiku, mudah cair dan terpujuk dengan insan suci ini =)

"Allah tu Maha Kuasa. Di sebalik semua ujian ni, Dia tak tinggalkan Anna terkapai-kapai keseorangan, bahkan Dia hadiahkan Anna seorang mak cik yang tak pernah Anna sangka akan kenal selama ni. Anna syukur sangat2 atas hikmah ni. Alhamdulillah, Anna memang rindukan nasihat2 insan yang berpengalaman macam Mak Cik, tenang dan mendamaikan hati.. terus bawak Anna pada Allah =)" balasku penuh syukur.


*********************************to be continued***********************************
















Friday, September 4, 2015

~Dhuha~

Assalamualaikum w.b.t.. Salam sayyidul ayyam, hari barakah penghulu segala hari..

Apa khabar hati? Iman? Dah kahfi? Sollu 'alan nabi? Dhuha? Klau belum, masih belum terlewat, jom sama2 buat, masih ada masa lagi, in shaa Allah, pahala dan kasih sayang serta rahmat Allah sedia menanti =)

Hari ni, tergerak hati untuk berkongsi satu cerita yang dah agak berapa bulan aku simpan.. Mengenai seorang kakak staff di ofis aku ni.. Di ofis tempat aku bekerja skang, Alhamdulillah, ada surau yang cukup kondusif disediakan untuk muslimin dan muslimah, mungkin sebab company melayu dan boss yang lebih faham akan tuntutan dan kehendak agama serta keperluan setiap pekerjanya untuk solat dengan selesa.. (Jangan terkejut andai aku katakan bahawa tidak banyak firma guaman yang menyediakan surau buat pekerjanya, bahkan ada yang terpaksa curi2 solat di sebalik stor2 file yang bertimbun2, Allahu Akbar)

Ok, berbalik pada cerita akak tadi.. Di ofis aku ni, diberi kebebasan untuk pekerja melakukan solat2 sunat yang dirasakan perlu selagi mana tidak mengganggu kualiti kerja. bagi aku, dalam pukul 9.30 - 10a.m adalah waktu yang aku rasakan sesuai untuk aku ke surau bagi menunaikan solat dhuha.. Solat yang telah aku istiqamah amalkan sejak dari semester 3 degree di universiti, dan solat yang sangat2 membawa perubahan dalam hidup aku, yang dapat aku rasakan impaknya bukan calang2 hebat terutama dari anugerah rezeki yang Allah bagi, Alhamdulillah.. Bukan untuk riak, tapi sekadar berkongsi untuk memotivasi ;)

Di ofis tempat aku kerja ni dulu, aku xperasan siapa2 yang amalkan dhuha sehinggalah dalam tiga ke empat bulan lepas, aku perasan ada sekeping kertas yang terkandung doa dhuha, dalam bahasa arab serta terjemahannya sekali, dalam almari telekung surau bahagian muslimah.. Rasa ingin tahu pun membuak-buak akan siapakah pemilik kertas doa tersebut.. Tiba2, dalam 2 hari lepas tu, waktu aku nak masuk ke dalam surau, aku terdengar suara seorang kakak yang amat aku kenali di kalangan staff ofis, merintih dan merayu dalam doanya pada Allah, kedengaran doa dalam bahasa arabnya yang agak terbata-bata, tapi aku kagum sebab dia cuba juga membaca dan memahami setiap permohonan dalam doa dan pintanya pada Ilahi, maha Pemberi Rezeki.. Masya Allah!! 

Kakak ini yang kukenali, seorang yang happy go lucky, berpakaian biasa2 tapi still menjaga auratnya dengan baik, tapi dapat sembunyikan dengan baik masalah yang dihadapinya.. aku pasti dia ada masalah dr segi cara dia berdoa dan bercakap pada Allah, esak tangisnya yang sembunyi2 kedengaran di telingaku setiap kali usai dhuha.. siapa tahu, andai dhuha saja akk ini sudah menangis, apatah lagi dalam tahajjud malamnya.. Allahu, aku rasa kerdil sangat di hadapan dia.. 

Kami selalu bertembung di surau kebelakangan ini, dan aku beranikan diri untuk mendekati dia.. Bermula dengan perbualan2 biasa sehinggalah masalah yang dihadapinya.. Tidak syak lagi, sangkaan aku tepat.. Dia sedang diuji sangat berat ketika ini, yang tidak dapat aku ceritakan di sini.. Apapun masalah yang Allah beri pada dia, aku sentiasa memohon agar Allah permudahkan urusannya serta memandang kakak tadi dengan selembut pandangan kasih sayang-Nya.. agar diberikan jalan keluar dari setiap ujian yang diberi Allah..

Begitu juga dengan diriku, juga sedang diuji, dalam ujian dan cara yang berbeza.. begitu juga dengan kamu yang membaca blog sepi ini saat ini, sama2 mohon pada Allah, moga dipermudahkan segalanya.. Berusaha meraih cinta Allah, agar setiap ujian yang diberi dapat diterima, dilalui dan dihadapi dengan mudah dan manisnya.. Salah satu dari usahanya adalah dengan solat Dhuha.. pembuka segala rezeki.. Allah maha Pemberi Rezeki, maka pada Dialah selayaknya kita meminta dan memohon.. Moga diberi yang baek2 saja.. Apabila dapat yang dihajati, kita bersyukur, jika dapat yang sebaliknya, kita bersabar.. Kerana setiap yang dianugerahkan Allah adalah yang terbaek walaupun nampak pahit di pandangan mata insan. In shaa Allah =) Wallahu'alam..




Tuesday, August 25, 2015

~Hanya Dalam Setiap Sujud Pada-Nya Akan Temui CInta yang Di Cari~

Assalamualaikum,

Hari ni sementara tunggu client sampai, tergerak hati rasa nak share satu lagu yang rasa macam tenang je setiap kali dengar.. Lagu dari Halim Ahmad, xtau siapa dia, klau xsilap dari kumpulan nasyid Devotees.. tapi lagu2 dia memang agk menyentuh sampai ke hati, mungkin dicipta dari hati, maka mudah menyentuh hati2 yang lain yang mendengarnya, klau duduk sorang, hayati betul2, boleh sampai nanges bila kenangkan segala nikmat yang Allah beri, sedangkan kita masih kurang mencintai dan menghargai cinta-Nya.. :'( wallahua'alam.. Dengarlah baek2, dari hati yang paling dalam~~

Dan aku setuju dengan tulisan dan pendapat seorang blogger dari blog http://penahousemoon.blogspot.com/2012/09/dalam-sujud-cintaku_24.html


Lirik yang sangat menyentuh hati sekaligus menebakkan rasa keinsafan inilah yang diperlukan untuk mendamaikan hati yang mungkin dilanda kegundahan. Ia juga boleh dijadikan santapan nurani agar kita menyedari tentang kenikmatan yang Allah anugerahkan. Kita sebagai manusia yang sering lupa dan leka akibat dek keseronokan dunia sebenarnya terlalu menginginkan sebuah rasa yang mana dalam perasaan itu, kita terlalu merindui Tuhan yang menjadikan. Tetapi, kita sering kali menolak rasa itu hanya kerana sikap kita yang terlebih batas. 

         Untuk pertama kalinya saya mendengar dan menghayati lirik lagu Dalam Sujud Cintaku, saya akui merasa terlalu sedih kerana liriknya menyentuh dan menginsafkan. Kadang kala, untuk mencari sinar kehidupan, beginilah caranya. Kerana itu, dakwah melalui nasyid juga penting untuk mengharmonikan hati si pendengar. Daripada apa yang saya fahami, lirik lagu Dalam Sujud Cintaku ia berkisar tentang betapa nikmat kesenangan dunia ini terlalu banyak melekakan manusia dari mencintai yang selayaknya dicintai. Allah menganugerahkan segala-galanya termasuk nikmat cinta sesama manusia itu sendiri tetapi apabila Dia telah mencampakkan rasa cinta itu di hati manusia, manusia mudah terhibur dan melena daripada si Pemberi Cinta. Keasyikan melayari bahtera cinta manusia menjadikan kita manusia yang sanggup menafikan betapa cemburunya Allah kepada kita kerana Dialah sebenar-benarnya yang layak menjadi carta cinta pertama di hati kita si manusia.

          Sedar atau tidak, Allah memberikan manusia segala-galanya. Dalam setiap pemberianNya itu, terselit ujian untuk Dia mengukur tahap keimanan kita. Dalam kekayaan dan kesenangan, Dia menguji kita dengan manusia bernama cinta. Yang lelaki diujinya dengan kehadiran wanita di sisi. Yang perempuan pula, diujinya dengan kehadiran lelaki sebagai pendamping diri. Dia mahu melihat sama ada kita ikut atau tidak sunnah nabi dalam meniti kehidupan mencintai dan dicintai. Dia juga sering menguji manusia dengan kedudukan iaitu pangkat dan darjat dan ternyata, kedudukan itulah yang membuat kita berpaling dariNya. Lupa kepada Dia dan meninggalkan apa yang diperintahNya.

         Sudah cukupkah kita mengucapkan kesyukuran dan bersyukur dengan segala kurniaan yang telah Dia berikan? Selagi kita bergelar manusia, kita tidak pernah puas dengan apa yang kita peroleh. Masih mahu mencari dan menggali segala sesuatu walau telah jelas itulah yang terbaik untuk kita. Tetapi bagi seseorang yang sentiasa menjaga nilaian Imannya, dalam dia menikmati kurniaan Allah, tidak mampu untuk dia mengucap lafaz terima kasih atas apa yang telah dianugerahkan oleh Allah kepadanya. Apatah lagi dia masih belum mampu untuk menjadi hambaNya yang terbaik. Seseorang yang beriman akan cuba dan sentiasa bermuhasabah diri untuk menjadikan dirinya terbaik di pandangan Tuhannya. Sentiasa melakukan sesuatu untuk meningkatkan keimanan agar hatinya sentiasa dipeluk dengan pelukan rahmat Allah.

         Fikirkan sejenak, apakah erti sujud? Apakah cukup sujud yang kita lakukan dalam kehidupan harian kita? Apakah kita dapat merasakan kehadiran Allah yang semakin dekat dengan hati kita? Seperti mana yang disebut dalam hadith Rasulullah SAW, “Hendaklah engkau banyak bersujud kepada ALLAH kerana sungguh tiada sekali engkau bersujud melainkan dengannya ALLAH mengangkatmu satu derajat dan menghapuskan satu dosa darimu." Hadith ini juga telah membuktikan kesahihan di mana saat paling dekat kedudukan seorang hamba dengan Tuhannya adalah ketika sujud. Lalu, apakah kita rela menangguhkan sujud kita sekaligus menjarakkan waktu untuk kita berada dekat dengan Sang Pencipta? Dalam sujud cinta kita, sering kali kita diulit kerinduan kepadaNya. Bahkan mengharapkan pintu untuk bertemu dengan Allah dalam kefanaan. Seperti yang sering diperkatakan oleh Sayyidina Ali “Di dalam fanaku, leburlah kefanaanku, tetapi di dalam kefanaan itulah bahkan aku mendapatkan Engkau Tuhan”.Letaklah Allah selalu di hati agar kita bisa merasakan pertemuan denganNya dalam setiap sajadah cinta kita.

         Yakinlah dengan kalimah Inna solati, wanusuki, wamahyaya, wamamati, Lillahirabbil 'alamin. Hanya kerana Allah kita hidup dan kembali juga padaNya. Hanya pada Dia Tuhan sekalian alam. Teguhkan keyakinan dengan keimanan dan ketaqwaan. Malahan gandakannya dalam sujud menyembah Tuhan. Tiada cinta di hati kita melainkan cinta kepada Pemilik Segala Cinta. 

Inilah rungkaian dari lirik Dalam Sujud Cintaku pada saya. Betapa bermaknanya lagu ini andai kita menghayati dengan penuh rasa kecintaan kepada Ilahi. Tanya pada hati, apakah mampu kita menjadi manusia yang berbudi? Apakah diri kita telah kita serahkan sepenuhnya kepada Dia? Apakah jiwa kita masih berpaksi cinta dan rindu hanya untuk Tuhan kita? Olah hati kita dengan rasa keinsafan kerana apa yang Allah anugerahkan sama ada penghidupan, harta kekayaan, rasa kecintaan, pasangan hidup, pangkat dan darjat serta anggota badan adalah pinjaman sementara dariNya. Jangan tunggu sehingga tertariknya nikmat ini, baru kita tertunduk dan terngadah menadah tangan memohon dikembalikan kehidupan.

Dalam menghayati keindahan dunia dan alam, jangan sesekali kita terleka dan dibuai keasyikan sehingga terlupa siapa yang menjadikan. Sentiasalah mengadu dan meminta agar Dia memberikan kekuatan saat kita merasa kehilangan. Percayalah pada setiap hikmah yang Dia berikan. Teruslah berusaha untuk menjadi seorang manusia yang menjadikan Allah sebagai tujuan hidup, Rasulullah sebagai tauladan, al-Quran sebagai pedoman, jihad sebagai jalan juang dan mati di jalan Allah sebagai cita-cita tertinggi kita.

Akhir kalam, jelas lagi nyata peranan nasyid juga tidak kurang pentingnya dalam kehidupan seorang muslim dalam mengolah diri menjadi manusia mengikut acuan nabi. Apa yang penting, usaha dakwah melalui medan nasyid ini usahlah terlalu melekakan dengan alunan irama yang membuai rasa dan melenakan sehingga si pendengar tanpa sedar sudah melalui fasa kelalaian. Biarlah dakwah ini menjadi ibadah dan jangan biarkan ia menjadi musibah. Bersama-samalah mendidik diri dalam mencari perbezaan duniawi dan ukhrawi agar terbentuk manusia yang mendapat cinta sejati dari Ilahi. 







Wednesday, July 22, 2015

Kebimbangan Hawa Menanti Jodoh


Share
~ penantian : dari penyeksaan kepada kemanisan Ibadah ~
Saya rasa, ini bukanlah kali pertama saya menulis tentang ini. Ada beberapa artikel yang telah saya tulis menyentuh perkara yang sama.
Namun kali ini, satu utuskan lagi satu artikel bagi merawati kebimbangan kaum hawa. Mungkin bukan semua, tetapi sebilangan besar juga dari mereka. Kebimbangan bersulam keresahan, menghitung hari demi hari dan bulan demi bulan, bilakan tiba saat diri disunting orang.
Dalam penantian bersarung kemarau yang panjang, sesekali badai pula yang mendatang.
Musim lambakan kad walimah salah satu dari badai tersebut. Riak tenang di wajah yang kita pandang, ribut badai di hati siapa yang tahu. Dan siapa yang faham.

RAHSIA
Sesekali terfikir, entah apalah hikmahnya Allah rahsiakan detik tersebut dari anda? Mengapa tidak diberitahu sahaja lebih awal, bila saat tibanya lamaran dan siapakah insan istimewa yang bakal menghadiahkan lamaran tersebut? Tidaklah anda bersedih hati dan hidup dalam kegundahan menunggu jodoh tak kunjung datang.
Tetapi kita segera sedar, bahawa yang dirahsiakan itu bukan sahaja tentang jodoh, tetapi juga ajal.
Ia perkara pasti dan comfirm.
Allah Ta’ala berfirman :

Maksudnya : Katakanlah ; aku tidak mampu mendatangkan kepada diriku kemudaratan atau kemanfaatan melainkan apa yang dikehendaki oleh Allah. Tiap-tiap ummat mempunyai ajal, apabila tiba saat ajal mereka, sesekali tidak akan dapat mereka lambatkan walau sesaat, mahupun mempercepatkannya.
[ Yunus : 49 ]
Entah bila, tetapi ada. Entah bagaimana, tetapi pasti.
Nah, jodoh juga begitu. Puas difikir bila dan bagaimana, namun jawapannya tetap menjadi rahsia Allah.
Dan paling penting, kita diminta untuk meyakini ketetapan Allah tersebut. Kita diperintahkan untuk yakin bahawa suratan itu telah ada, dan tidak akan sesekali boleh diubah oleh sesiapa.
Dalam sebuah hadith Nabi s.a.w bersabda :
” Ketahuilah sekiranya seluruh ummat manusia berhimpun untuk mendatangkan satu kebaikan kepadamu, mereka sama sekali tidak akan boleh datangkan kebaikan tersebut melainkan apa yang telah Allah tuliskan untuk kamu, dan jika mereka berhimpun untuk mendatangkan mudarat kepada kamu, mereka sama sekali tidak akan boleh datangkan mudarat tersebut melainkan apa yang telah Allah tuliskan untuk kamu. Telah terangkat pena dan telah keringlah dakwat “
[ Riwayat Tarmizi : Dipetik dari kitab Riyadhus Salihin ]
Jodoh adalah salah satu dari rahsia Allah yang mesti diimani. Dan anda sedang menunggu detik terlaksananya ketentuan tersebut.

BOLEH JADI
Memang betul, melihat kawan-kawan anda seorang demi seorang dipetik pergi adalah satu perkara yang meresahkan. Apatah lagi jika kawan-kawan itu semuanya lebih muda daripada anda. Sedangkan anda masih terpaksa mengukir senyum pahit kepada mereka dalam usaha menyembunyikan rasa di jiwa.
Tapi pernahkah anda terfikir, boleh jadi Allah sengaja menangguhkan kehadiran lelaki soleh tersebut ( insyaAllah ) supaya anda mempunyai ruang dan peluang yang lebih besar untuk agenda persiapan?
Persiapan apa?
1- Diri sendiri. Luaran dan dalaman. Mungkin jika anda ditakdirkan berkahwin sebelum itu, akan mengundang kemudaratan pula kepada anda. Barulah terasa betapa sesalnya memasuki alam perkahwinan tanpa persediaan. Mungkin aspek kecantikan dalaman kurang dititikberatkan sebelum ini. Kecantikan hati, keindahan budi, ia mudah dikesan jika anda jenis yang mementingkan diri sendiri dan tidak kisah jika orang sekeliling berkecil hati. Kalau sudah berkahwin, sikap tidak baik ini boleh mengundang kebencian suami.
2- Pengurusan. Diri sendiri dan apa sahaja yang anda lakukan. Boleh jadi anda kurang menitikberatkan aspek pengurusan diri dan terlalu sibuk dengan kerjaya anda sahaja. Maklumlah, ramai juga kaum hawa yang menyibukkan diri dengan kerja-kerja demi melupakan persoalan jodoh. Termasuk juga dalam bab pengurusan ini ; kecantikan. Ramai orang yang diberi anugerah rupa yang cantik molek, tetapi dipandang hodoh sebab gagal pengurusan. Bahasa kasarnya, selekeh. Orang tengok pun tidak menarik. Kegemukan juga salah satu cerminan dari kegagalan pengurusan. Jadi, mungkin juga Allah tangguhkan detik tersebut supaya anda sedar dan baiki perkara-perkara ini.
3- Keluarga. Anda tahukan, bila sudah berkahwin, ketaatan anda sudah berpindah kepada suami. Keutamaan suami sudah berada di tangga ketiga selepas Allah dan Rasul, berbanding sekarang di mana tangga tersebut diduduki oleh ayah dan ibu. Boleh jadi Allah sengaja tangguhkan detik tersebut supaya anda dapat menghargai detik-detik bersama ibu dan ayah dalam tempoh tersebut. Boleh jadi juga Allah tahu, ibu dan ayah anda masih belum puas mendampingi anda sebagai anak dara mereka sebelum diambil menjadi isteri orang. Jadi berilah perhatian kepada ibu dan ayah selagi mereka masih menjadi yang utama dalam hidup anda.
Banyak lagilah ‘boleh jadi’ yang lain. Saya kira, anda boleh ‘nampak’ segala ‘boleh jadi’ tersebut sekiranya anda ambil sedikit masa untuk memperhalusi dengan mata hati. Ia bukanlah mahu menafikan ‘kemampuan’ anda, tetapi anggaplah ia sebagai ‘bonus’ dari Allah sebelum tibanya saat-saat bahagia dalam hidup anda.
Seperkara lagi, saya sarankan anda banyak belajar dari pengalaman dan nasihat mereka yang telah berumahtangga. Biasanya, kaum hawa yang dimaksudkan oleh saya dalam artikel ini adalah kaum hawa yang bukan umur remaja, pendek kata sudah dewasa. Jadi saya kira, adalah lebih mudah mereka mendampingi ‘puan-puan’ yang telah lama membina rumahtangga dan mencedok sebanyak mungkin pengalaman dari mereka. Anda mungkin tidak nampak kebaikan tersebut hari ini. Tetapi satu hari nanti, apabila anda telah sah bergelar isteri, anda akan sedar betapa berharganya setiap pengalaman orang lain dalam membantu anda mendepani alam rumahtangga.

KISAH MOTIVASI
Ini bukan cerita dongeng. Saya mahu hikayatkan kisah benar kepada anda. Kisah yang saya harap mampu menyuntik motivasi kepada anda supaya jangan bersedih ( la tahzan ) memikirkan tentang jodoh.
Suatu ketika dahulu ada seorang gadis yang mungkin ‘senasib’ dengan anda. Asal disebut saja tentang jodoh, awan yang cerah terus bertukar mendung. Adakalanya sampai hujan, siap ada guruh dan petir lagi. Banyak bayangan silam yang menerpa seterusnya mematikan sinar harapan kepada insan. Cuma Alhamdulillah, mati harapan kepada insan tetapi tidak mati harapan kepada Tuhan. Tali pergantungan dengan Allah tetap kukuh dan api keyakinan tetap cuba dimarakkan dari masa ke semasa. Setiap malam, sejadah dan Al-Quran menjadi teman setia. Siang harinya dia berusaha menjadi dirinya dan melangkah tabah menguruskan kerjaya.
Dalam saat-saat tersebut, lelaki yang tampil pula semuanya tidak jujur belaka. Sekadar nak kenal, sekadar nak berkawan, sedang yang diharapkan adalah seorang pemuda yang meyakinkan. Lalu dia tabahkan hati, digunakan segenap kesempatan yang ada untuk berbakti kepada kedua ibu bapanya. Sehinggalah dia menjadi puteri yang benar-benar menyejukkan hati kedua ibu bapanya dengan khidmat baktinya saban hari. Berkat kesabaran, keikhlasan dan ketabahannya, Allah hadirkan seorang pemuda yang merupakan bekas kawan lamanya tika di sekolah dahulu. Pemuda tersebut sekadar bertanya dan kemudian terus melamar kepada kedua ibu bapanya. Dua bulan kemudian, mereka berdua sah bergelar suami isteri.
Itu satu kisah, yang boleh menyentak jiwa sesiapa sahaja yang masih ragu dengan takdir Allah.
Satu lagi kisah, seorang guru agama yang kehidupannya biasa-biasa dan rupanya juga ‘biasa-biasa’. Tidaklah cantik rupawan, bahkan boleh dikatakan sukar mendapat tarikan. Namun hatinya cukup cantik. Teman-teman rapat sangat tahu tentang kebaikan ustazah tersebut. Malangnya, jodohnya belum tiba meskipun umur sudah terlalu hampir dengan angka 30. Tipulah kalau dikatakan dia tidak bimbang dengan masa depannya sendiri. Tetapi bagaimanapun ribut di dada, Allah tidak pernah diletakkan di tepi. Kerjaya mendidik anak-anak comel di sekolah agama diniatkan sebagai wasilah bagi mendapatkan rezeki yang berkat lagi halal. Juga sebagai ruang ‘latihan’ menjadi isteri dan ibu mithali suatu hari nanti.
Siapa pun tidak terfikir, seorang anak muda yang baru sahaja dikenalkan dengan ustazah tersebut terus berhasrat untuk mengambilnya sebagai isteri. Anak muda tersebut bukannya satu negeri, tetapi dari orang tengah yang mengenalkan, tengok gambar dan terus berkenan. Tidak sampai empat bulan, bertunang dan tidak lama kemudian ustazah tersebut sah menjadi isteri orang.
Kisah ketiga, juga melibatkan kaum hawa yang agak berusia, maksud saya bukanlah muda remaja. Beberapa kali diminta teman-teman rapat untuk membantunya menemui calon suami yang sesuai. Tetapi belum juga berhasil. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Kawan rapatnya seorang demi seorang diambil orang, dan dia bertindak menghilangkan ‘tekanan’ dengan memberikan sepenuh perhatian kepada pekerjaan. Dia aktif ke sana ke mari memberikan semangat dan dorongan kepada anak-anak muda. Siapa sangka, ada pemuda yang tertarik dengan jati dirinya dan kemudian terus merisik.Selang beberapa bulan, gambar bahagia dia dan suami menghiasi dinding facebook.
Semua kisah di atas, caturannya langsung terkeluar dari kemampuan otak manusia. Ia adalah takdir, yang dihadirkan Allah tepat pada masa dan ketikanya. Beribu-ribu orang sekalipun yang anda temui, mereka tidak akan mampu memberitahu anda tentang hari esok, melainkan apa yang mereka mampu hanyalah memberikan anda keyakinan agar terus teguh dalam menanti hari esok.
Dan saya juga begitu.
Saya bukanlah pengatur takdir, jauh sekali penentunya. Saya hanyalah pelukis kalam dengan seribu satu tekad, agar anda tidak lari dari teduhan sebuah pengharapan.
Percayalah, penantian anda itu tidak sia-sia.
Suram itu akan segera berganti cahaya.
Sabarlah.
Ia akan tiba dalam sedikit masa.
Allah itu ada. Dan kita akan terus meyakini-Nya.

Sekian.
Sumber dari http://www.myilham.com/blog/2012/01/kebimbangan-hawa-menanti-jodoh/

Tuesday, July 14, 2015

Ada Apa Dengan Hati??



Apa itu hati? Hati itu adalah seketul daging ciptaan Allah yang sangat istimewa. Punya perasaan yang tak bisa diungkap dengan kata2. Hanya sang pencipta hati yang maha tahu apa yang selalu bermain di situ. Manusia tak tahu, dan takkan pernah tahu dengan tepat ape yang kita rasa sampai la kita luahkan, betul?

Hati juga adalah tempat yang sangat rapuh. So, HANDLE WITH CARE. Jangan sampai patah tau. Nanti meranalah diri.. huhu.. Opss, cakap pasal patah hati, sape pernah patah hati kat sini??

Haaa, tipu xpernah.. Mesti penah punya ni.. kan2?? Sakitnya tuh di sini sangat rasa.. rasanya di hati, xkelihatan tapi bisanya tu amat2 pedih ibarat tertusuk sembilu tajam.. andai saja ada ubat tuk patah hati ni, cakap la mahal mana riban2 pon, kita mesti sanggup kumpul duit tuk beli kan?? Kalau ada jual..

Tapi kan, pernah tak kita pikir, sakit tu sape yg cipta? Mesti lah sang pemilik hati, Allah s.w.t. Hanya Dia yang bisa menyembuhkan kita, ya, ubat tu ada dengan Dia, xyah kuar duit mahal2.. Amek wudhuk, solat hajat 2 rakaat dan baca Quran, nak lagi best, baca surah Yaasin, sebab surah tu 'jantung' Quran. Letak tangan di hati, cakap "Mafi Qalbi Ghairullah" Tiada Tuhan di hati selain Allah.. In shaa Allah, mohon pada Allah, mintak Dia sembuhkan dan bentuk kembali hati kita yang dah remuk redam tu. Alahai, sedihnya bunyi, but itulah hakikatnya. Sape yang penah rasa je mengerti.

Its ok, from that, Allah nak kita belajar dan faham sesuatu bahawa cinta tak seharusnya memiliki.. cewah, dah mula ayat novel dah ni.. haha.. ok2, serius2.. dari situ jugak sebenarnya mungkin Allah nak bagi kita rasa dulu cinta Allah yang mencipta kita ni lebih besar dan suci nilainya dari cinta manusia yg tak sempurna, boleh jadi, bila kita lebih kenal Allah, kita akan lebih rasional pada relationship yang akan datang. Bila tu?? Hmm, tu jangan la tanya aku.. haha.. Allah maha tahu. So, ibrahnya, lepas ni, kita akan lebih berhati-hati dalam menyerahkan hati.. Hati hati dengan hati.

Salam Aidilfitri, lagi dua hari nak raya, maaf zahir batin, salam kosong-kosong ;)