Ahlan Wasahlan ^-^

Thursday, July 14, 2011

~Allah itu adil ke??~


" Aku selalu buat baik dgn orang, tapi kenapa Allah bagi aku balasan buruk camni?"
" Kenapa Allah tak adil? Aku penat study teruk2, jaga diri drpd maksiat, tak couple, tapi kenapa si Ahmad tu, siap lepak2 clubbing, awek keliling pinggang tapi boleh score 4flat lagi?"

Hmm, mungkin ada di kalangan kita pernah terfikir mcm ayat2 kat atas tu kan.. Mungkin aku juga pernah.. Astaghfirullahala'zim. Tu semua tak laen hanyalah hasutan syaitan yg nak kita terus-terusan menyalahkan Allah tanpa menyingkap hikmah di sebalik kebaikan yg kita dah buat selama ni. Sahabat, percayalah, rahmat Allah itu teramat luas.

" Sesiapa melakukan amal yang baik, maka baginya sepuluh kali lipat amalnya" (Surah Al-An-An'am 6:160)

Masya-Allah! Kasihnya Dia! Bahkan dalam hadith juga dinyatakan:

" Sesungguhnya Allah menetapkan kebaikan2 dan keburukan2 kemudian menerangkannya: Sesiapa berhasrat mengerjakan kejahatan namun tidak jadi melakukannya, Allah mencatat di sisi-Nya satu kebaikan yg sempurna. Jika dia berhasrat mengerjakan kebaikan lalu benar2 mngerjakannya, maka Allah mencatat nilai kebaikan itu sepuluh kali ganda hingga tujuh ratus kali ganda, bahkan berlipat kali ganda lagi. Dan sesiapa berhasrat mengerjakan keburukan namun tdk jadi melakukannya, Allah mencatat di sisi-Nya satu kebaikan yg sempurna dan jika dia berhasrat mengerjakan keburukan lalu benar2 mngerjakannya, Allah hanya mencatat satu keburukan utknya" ( Riwayat Ahmad, al-Bukhari dan Muslim~ Hadis 40 Imam Nawawi)

Masa sekolah dulu2, Ustazah selalu kongsi hadith ni dlm kelas. Memang tak syak lagi, kasih sayang Allah itu teramat luas. Hampir saja ingin aku katakan yang Allah itu TIDAK ADIL. OOpps..Jangan salah faham, jangan salah tafsir ye. Kenapa aku kata Allah itu tak adil?? Sebabnya, jika dilihat dlm hadith, satu kejahatan dibalas dengan satu keburukan tetapi, satu kebaikan saja dibalas dengan gandaan yang tak terkira banyaknya. Kalau Allah itu adil, tentu setiap satu kebaikan dibalas dengan satu kebaikan saja. Lihat, Allah, kerana teramat menyayangi hamba-Nya sanggup mengenepikan konsep adil yg kita fahami dalm kehidupan kita.

Setiap kebaikan yang kita fikirkan walaupun belum dilakukan saja telah diberikan pahala apatah lagi bila dilakukan. Maka berganda-gandalah pahala diberikan-Nya buat kita dengan syarat kita ikhlas, Insya-Allah =)

Jika seseorang itu berniat melakukan dosa, namun tak jadi melakukannya, maka Allah mencatat satu kebaikan penuh untuknya. Malah membatalkan niat utk melakukan dosa semata-mata kerana Allah pun dianggap salah satu amal soleh iaitu Keredhaan Allah. MAsya-Allah. Allah tak pernah mengira bahawa berfikir utk melakukan maksiat sebagai satu dosa. Ganjaran bila melakukan kebaikan berlipat-lipat kali ganda, tak seperti melakukan keburukan di mana dosa hanya sekali sahaja.Allahu Rabbuna~ Renung2kan dan selamat beramal (^-^,)

No comments:

Post a Comment