Ahlan Wasahlan ^-^

Saturday, September 24, 2011

Semoga dikau bahagia bersama-Nya sayang ;-(






Sekitar Disember 2006, lepas SPM sementara menunggu ke Universiti

"Along dia lapar kot. Cuba bagi nasi goreng kat dapur tu." Ucap mak padaku. "A'ah la mak, cian dia. dari tadi tengok je kita main badminton." Balasku sambil hati kagum dengan ciptaan-Nya yg satu ni. 'Comelnya dia! warna pun pelik. x pernah jumpa lg kucing warna ni' getus hatiku.

Hampir setiap petang dia dtg mintak makan, tak balik2. Takde tuan ke kucing ni? Bimbang jugak klau tuan dia dtg. " Ok la kucing. Nak tak kalau Along amek kau jd kucing Along?" Soalku padanya. "Mulai hari ni, Along namakan kau, Alisara. Sedap x nama tu?" Sinar matanya yg indah bagai memberitahuku kegembiraan hatinya. PAntas dia mengusap2 kakiku manja. BErmula detik itu, Alis mula bijak meraih perhatian kami sekeluarga. Tapi masa tu aku bimbang satu je, ayah. Ya, ayah dah banyak kali melarang aku daripada memelihara kucing lagi, bimbang peristiwa pahit kehilangan kucing dulu mengetuk kembali pintu kesedihanku. Tapi tau tak apa yg Alis dah buat? Dia berjaya mengambil ati ayah. Sampaikan ayah bagi di masuk dalm rumah, layanan istimewa dn sebagainya. Alis memang kucing yg bijak, pembersih, sgt baik....

Pernah satu masa dulu, ada seekor anak ular masuk dalam rumah. Semua tak berani turun bawah, tapi Alis, tak pernah duduk diam, dia cari ular tu sampai dapat. Dia tolong ayah bunuh ular tu. Jelas sekali kegeramannya pada ular tu masa Alis koyak2 dan lambung2kan bgkai ular tu sampai dah tak nampak rupa.

Sejak itu juga, makin bertambah sayang la kami pada Alis. Balik kg ke Perak pun kami sanggup. Sebab sayang kat Alis. Kerana Alis, pernah aku menangis saat Alis terpaksa dihantar ke kg lantaran aduan jiran mengatakan Alis mengotorkan kain jemuran dan mencuri ikan mereka. Tapi aku tetap pertahankan Alis kerna aku kenal benar perangai Alis, dia takkan buat begitu. Bayangkan di rumah pun dia tak pernah mencuri ikan di dapur. Dia sgt baik. Tak lame lepas tu, kami bawa pulang Alis ke rumah dan Alis ceria benar tinggal di rumah. Pernah beberapa kali aku terpukul alis disebabkan dia tidak sengaja mencuri minum susu adik2 ku. Petang tu, dia makan dan muntahkan bangkai katak depan rumah. BAru aku tau yg aku sebenarnya terlupa nak bagi Alis makan malam sebelumnya dek kerana sibuk uruskan persiapan adik kembarku ke tadika. Astghfirullahala'zim! Alis pasti lapar sangat.

Tiap kali aku pulang dari kolej, Alis pasti nak tidur dgn aku. Alis manja sangat.. Selalu tunggu aku pulang. TApi kali ni..

23 September 2011, 9.20 a.m, pagi Jumaat yg suram

"Kring2" handphoneku berbunyi menandakan ada incoming call dari ayah. "Along, Alis Along!! Dia ... dah tak ada" Menitis air mataku tanpa sedar. Malam ni sepatutnya aku akan sampai di rumah, tapi Alis tak sempat tunggu... JAnji Allah pasti. Apabila telah sampai ajal seseorang, maka tidak dicepatkan atau dilewatkan walau seminit pun. Aku redha. Parut halus di tanganku bekas cakaran nakal Alis masih ada. Itu kenangn yg ditinggalkannya padaku. Ku lihat parut itu, rasa sedih yang teramat. Bukan sebab aku tidak redha dgn pemergiannya, tapi kerana aku rasa terkilan yg amat sgt kerana mengabaikannya ketika dia sakit. Dah lama aku tak usap Alis, tak peluk Alis, bagi makan pun sekadar bagi je tanpa membelainya, terpaksa pakai topeng sebab hidung Alis dah teruk sangat dan aku pun ada asma.. Pasti Alis rindu kasih sayangku, maafkan Along Alis... Dan hari ini, Alis telah pergi buat selama-lamanya.. Along harap akan jumpa Alis lagi di syurga nanti.. Jadilah saksi kasih sayang kita di dunia ini.. Alislah anugerah terbaik yg Allah beri buat peneman di persinggahan yg singkat ini. Ku merinduimu, sayang. Semoga kau bahagia di sampin-Nya~ Wallaua'lam. Innalillahi wainna ilaihirajiu'n ;-(