Ahlan Wasahlan ^-^

Thursday, June 9, 2011

Tarannum bil Quran


"Hiasilah Al-Quran dengan suaramu kerana suara yang baik akan menambah keelokan Al-Quran."


[Riwayat Hakim 1/768]


Assalamualaikum w.b.t.. Rasa macam dah lme btul tak update. biasa lah namanye pun student ;) skang tengah semester break yg agak panjang dan aku akan usaha memenuhi masa2 lapang yg diberikan-Nya ini dengan sebaik2nya selagi diberi kesempatan untuk bernafas di bumi yg indah ini,Insya-Allah..

Tarannum~ Indahnya Tarannum.. Hatiku telah terpikat padanya akhir2 ini. Jujurnya pengetahuan aku memang amat sedikit tentang tarannum. Tapi entah kenapa semenjak dua menjak ni hati aku bagaikan tertarik2 untuk mendalaminya. Banyak kali terngiang-ngiang suara bacaan quran yg indah kat teling ni. Aku pun tak tau kenapa. Setiap kali terdengar, hati jadi tenang, perasaan yg sgt indah.. Mungkin sebelum ni aku rasa kalau dapat baca al Quran dengan fasih dan tajwid yg betul sudah cukup tapi sebenarnya aku salah. Tanpa seni tarannum, bagaikan tidak indah bacaan 'ayat2 cinta' itu, kalimah2 yang berhikmah itu bagaikan angin yg berhembus lalu tanpa penghayatan tanpa lagu2 indah lalu hati jadi kosong dan sepi tanpa memahami..

Alhamdulillah, aku baru saja menamatkan kursus tarannum bil quran bersama Hajah Umi Kalthum, seorang bekas qariah kebangsaan sedikit masa dulu dan juga merupakan guru al-quran di Johor ni. Aku bersyukur sangat dapat belajar dengan beliau. Hajah Umi ni sebenarnya guru al-quran ummiku, selama ni dek kesibukan belajar kat shah alam, aku hanya sempat kenal siapa itu Hajah Umi ni dari ummi, tu pun bila balik cuti. Tapi kali ni aku rasa sangat bersyukur dapat kenal dan belajar tarannum dengan insan yg bukan calang2 lagi. Wanita yang hebat dan tinggi ilmu kalamullah, gemersik suara, burdahnya memang memikat jiwa! Syukran Hajah Umi =)

Dalam ramai2 peserta kali ni, semuanya dalam usia 30an dan ke atas. Aku sorang je yang paling muda. Terasa diri ni begitu kerdil sangat bila tengok semangat mak cik2 dan pak cik2 yang hampir sebaya dengan atuk dan opah aku mempelajari ilmu Allah ni. Rasa ilmu perundangan bertimbun2 menyesakkan dada yg aku rasa sangat byk aku timba di kampus masih sangat sikit lagi untuk dibangga-banggakan. Bacaan dan lantunan tarannum mereka ni sangatlah sedap dan lunak. Aku yg muda ni seringkali rasa malu sendiri dgn mereka. Ada seorang mak cik tu naik tangga dengan penuh susah payah, tak larat nak jalan dah.. Tapi kerana ilmu Allah yg luas ni, beliau sanggup melangkah bertatih2 ke masjid tempat kelas tarannum tu. Subhanallah, dalam diri berdoa agar aku juga nanti jika dipanjangkan umur, insya-Allah ingin sekali memiliki semangat yang hebat seperti mak cik tu.

Tarannum itu makin belajar, makin cinta rasanya.. Indah sangat... Semoga aku istiqamah menggunakan ilmu yg telah dipelajari. Takut juga, tengah belajar ni memang ada masa tapi nanti dah kerja, naudzubillah semoga aku tidak dilalaikan dengan godaan dunia. Insya-Allah dengan sedikit ilmu yg Allah beri ni, aku akan terus berusaha memperkayakannya dan mengajak sahabat2 yg sebaya dengan ku utk mendalami seni tarannum ni. Tak lupa juga buat adik2 ku yg sangat aku sayang, akan Along kongsi dengan semua, insya-Allah, semoga Allah permudahkan~

No comments:

Post a Comment