~Bismillahirrahmanirrahim~
" YA Allah, kenapa hanya kesusahan yang dapat aku lihat kali ini? Kenapa exam semester ini lebih susah tahapnya berbanding yang lepas? Takut kiranya di pengakhiran perjuaangan ini, aku tersungkur sebelum mengenal erti sebuah kejayaan.. Izinkan aku berjaya.. Andai aku ditakdirkan syahid di perjuangan ini, tetapkanlah hati ku untuk tetap teguh berjuang di medan yang lain.. Na'udzubillah, jauh di sudut hati, aku ingin terus berjuang mnempuh segala perit jerih halangan demi menggapai segenggam ijazah Perundangan! Permudahkan Ya Allah! Aku pohon, aku rayu pada-Mu"
Alhamdulillah, dah selamat pun 3 paper aku duduki. Tinggal lagi 2 insya-Allah, semoga dengan jayanya.. Allah, permudahkan aku dan shabat2 yg lain untuk lulus cemerlang, agar kami layak untuk ke peringkat seterusnya, L.L.B (Hons), arena tertinggi idaman setiap pelajr perundangan di universiti ku sebelum layak untuk diumumkan sebagai seorang peguam bertauliah di Mahkamah Tinggi Malaya. Gelaran idaman setiap 'mujahid/mujahidah perundangan' yang telah berpenat lelah mencurahkan segala usaha tanpa mengenal erti jemu. Usah ditanya betapa banyaknya jernih mutiara yang tumpah tatkala diri rasa lemah menghadapi keperluan kursus, mooting, assignment, exam apatah lagi situasi sekeliling yang sangat menguji keimanan.
Entah kenapa, bila melihat 'peralatan dan senjata' untuk persiapan peperiksaan seterusnya, aku jadi takut, gusar. Adakah kerana susahnya subjek2 yg bakal aku hadapi ini? Atau aku sendiri yang tidak bersedia? Atau hati ini masih penuh dengan maksiat hingga ilmu yang cuba menembusi hati terhalang lantas meninggalkan aku dengan kekalutan?
Ya Allah, ampuni aku andai hati ini masih belum bersih untuk menerima ilmu-Mu yang mulia ini. Bersihkanlah ia YA Allah, agar mudah untuk aku terus berjuang di medan ini. Hasratku besar sekali ingin menggembirakan kedua ibu bapaku yang telah banyak berkorban segalanya, menjadi contoh pada adik2 ku yg lain, yg masih mengenal erti kehidupan, juga menjadi penegak keadilan di muka bumi-Mu ini. Ingin sekali aku buktikan pada dunia betapa adil-Nya undang-undang Islam. Allahumma Yassir, wala Tua'ssir.
Apapun, takkan pernah sekali aku mengalah kerna aku tahu Dia sntiasa di sisi menemani.. Terima Kasih, cinta-Ku!