Ahlan Wasahlan ^-^

Tuesday, May 27, 2014

Sungguh, aku cemburu~

Aku cemburu melihat sahabat2 seperjuanganku yg satu ketika dulu sama2 berjuang menyampaikan ilmu dan kasih sayang pada mereka yang memerlukan di luar sana.. kini, sebahagian mereka tetap dalam halaqah dn misi yang sama.. aku?? Jauh terperuk di selatan tanah air, terperangkap di balik timbunan fail2 kes yang entah bila akan selesai.. Hanya satu yang jadi penghalang, iaitu JARAK.. Ya, 350km itu jadi penghalang utama aku untuk turut serta.. di samping tanggung jawab pada mak dan ayah aku yang memerlukan khidmat bakti anak sulungnya ini di rumah.. Jauh di sudut hati, aku teringin sangat2 tuk turut serta bersma2 mereka, berbakti pada masyarakat, menyampaikan ilmu yg aku tau, jadi fasilitator/motivator macam yg aku pernah jadi dulu.. seronok sangat :')

Tapi, aku redha jika ini takdir yg telah Allah tetapkan untukku.. Suka sangat aku ambil ibrah dari kisah Uwais Al-Qarni, (kisahnya telah aku kupas dalam FB).. Siapa beliau? Beliau adalah insan yang tidak dikenali di dunia tapi namanya mengharum di kalangan penduduk di langit.. Beliau bukan sahabat Rasulullah s.a.w, tetapi sentiasa ingin dan mengidamkan duduk bersama dalam halaqah Baginda s.a.w.. JARAK juga jadi faktor utama yang menghalang beliau dari bertemu dan bersama2 kumpulan dakwah Rasulullah s.a.w. Dan juga tanggung jawab beliau pada ibu yang terlalu tua dan sakit.. Namun, atas keikhlasan dan cinta-Nya itu, Allah telah sampaikan hasratnya pada Rasulullah s.a.w sehingga Baginda pernah berpesan pada Abu Bakar & Umar, jika datang pada kalian seorang insan yg bernama Uwais, mintalah doa dari beliau, kerana doanya sangat makbul.. salah satunya kerana ketaatannya pada ibunya yg uzur sehingga sanggup ketepikan segala keinginan dan rindu tuk bertemu Rasulullah s.a.w.

Aku juga ingin jadi seperti itu, walau aku tau, kasih & sayangku pada mak dan ayahku tak sehebat kasih Uwais pada ibunya.. Biarlah tak dapat berbakti secara lahiriah pada insan, asalkan kewajipan yang wajib aku taati aku turuti.. Walau tidak turun padang, aku akan tetap menyumbang dalam pelbagai wasilah buat mereka yang memerlukan.. Wasilah yang biarlah hanya aku & Dia yang tahu.. Moga Allah redha~~