Ahlan Wasahlan ^-^
Wednesday, November 23, 2011
KAKI, ADAKAH AURAT?? (Petikan Fiqah Wanita Majalah Solusi by Husna Hassan)
Kaki, anggota yang membawa kita menjelajah dunia. Merata-rata tempat kita pijak, beralas atau tidak. Kaki juga akan bersuara mewakili kita yang bisu saat disoal tentang amal perbuatan di dunia. Namun ramai antara kita yang terlepas pandang, adakah kaki wanita itu aurat? Sebelum dibincangkan lebih jauh isu ini, yang jarang2 dibincangkan dan di ambil cakna oleh kaum wanita, berikut adalah perbandingan antara mazhab utama dalam isu ini.
Maliki, Syafi’i dan Hanbali
Seluruh bahagian tubuh wanita itu aurat kecuali muka dan telapak tangan.
2. Hanafi
Seluruh bahagian tubuh wanita itu aurat kecuali muka, telapak tangan dan telapak kaki.
Berdasarkan pendapat mazhab, jumhur ulama berpendapat kaki wanita itu adalah aurat, tiada lagi keraguan padanya terutamanya dalam solat. Hanya pendapat HAnafi sahaja yang berpendapat bahawa kaki bukan aurat.
“Ini dan Ini Aurat”
Dalam sebuah hadis, tatkala Asma’ binti Abu Bakar masuk ke tempat Rasulullah S.A.W berada sedangkan dia memakai pakaian sedikit nipis. Rasulullah s.a.w lalu berpaling daripada memandangnya sambil bersabda yang bermaksud;
“Wahai Asma’, sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haid) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini.” Rasulullah sertakan lafaznya “ini dan ini” dengan mengisyaratkan WAJAH dan KEDUA-DUA TAPAK TANGAN. ( Riwayat Abu Daud)
Hadis ini bukan ditujukan pada kaum wanita sahaja bahkan kaum lelaki bertanggungjawab menasihati wanita di sekitarnya bagi mengelakkan keluarga mereka dari terhumban ke dalam neraka, di samping menundukkan pandangan bagi menjaga mata dan hati.
Cabaran Menutup Kaki
Namun saya percaya, ada wanita yang mengalami masyaqqah(kesulitan) menutup kaki sama ada dengan berstoking, memakai kasut bertutup atau dengan melabuhkan pakaian mereka sehinggaa menutup kaki. Wanita haru faham di sini, konsep menutup kaki tidak hanya tercapai dengan memakai stoking sahaja. Konsep pakaian labuh seperti abaya yang biasa dipakai wanita Arab juga mempunyai maqasid menutup kaki apabila mereka memakainya hingga meleret, namun tidak smpai ke tahap berbangga-bangga dengan pakaian labuh.
MEMAKAI KASUT BERTUTUP pada waktu hujan tanpa perlu memakai stoking juga boleh diterima dari segi praktis asalkan tujuan asal menutup aurat mampu dicapai. Jika berada di rumah/ kampung yang dipenuhi sanak saudara seperti ipar duai, sepupu dan sebagainya, mujahadahlah sedikit untuk meminimumkan kaki terdedah walaupun diberi kelonggaran jika berada di dalam rumah.
Sebagai penutup, hayatilah firman Allah S.W.T, yang bermaksud. “ Hai anak Adam, sesungguhnya KAmi telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan untuk perhiasan. Dan pakaian taqwa itu yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian daripada tanda2 kebesaran Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.” (Surah al-A’raf 7:26) Taqwalah yang memotivasikan wanita sama ada patuh atau angkuh dengan suruhan Allah s.w.t. Tepuk dada Tanya iman. Jika iman masih malap, terangkan hati dengan ilmu dan amal .
~ana juga menasihati diri ana sendiri untuk terus bermujahadah, semoga usaha ana dan wanita2 solehah yang membaca juga dipermudahkan-Nya~
Subscribe to:
Posts (Atom)