Ahlan Wasahlan ^-^

Monday, March 5, 2012

Dia Pendengar Setia

Dia pendengar setia, tak pernah jemu, tak pernah lupa, tak perlu dipinta, Dia pasti akan mendengar, Ya Sami', maha mendengar segala apa yg tidak terdengar oleh makhluk2 ciptaan-Nya.. Firman-Nya dalam Surah Ghafir (40:60) "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu." tidak sekali aku ragui.

Alhamdulillah, Dia mendengar rintih piluku dalam mengejar cita. Hari ni, hari pertama aku bergelar pelajar LL.B (Hons). Ya, impian aku yang dari mula menjejak kaki ke alam keadilan ini, yang banyak menduga kesabaran, mengasak fikiran mendamba segunung usaha. Alhamdulillah juga berjaya ditempatkan di kelas yang pertama, bersama-sama mereka yang Dia ciptakan bijak. Dia kirimkan aku firm-mates yg baik, pensyarah dan peguam yang dedicated, mock firm yang amat selesa.. Alhamdulillah..

Hari-hari selepas ini, aku bakal melangkah dengan pakaian hitam putih bersarung kot.. tiada lagi warna-warni membalut tubuh ke fakulti.. Bimbang juga andai hati ini disuntik virus riak, saat melintas di hadapan umat pelajar yang lain.. Naudzubillah, jauhkan aku dari rasa itu Ya Allah.. Jadi peguam/pelajar undang2 bukan untuk berlagak hebat berhujah, melangkah tak ingat bumi dipijak, kerna aku sedar, manisnya gelaran itu membawa bersama beban tanggungjawab yg sgt berat pada ummah utk disaksamakan.

Semoga hari2 mendatang yang bakal mencabar diri, menggugat keimanan, mencuri masaku dengan-Mu dapat ku tempuh dengan sabar. Allhumma yassir wala tua'ssir. Ameen~

No comments:

Post a Comment