Ahlan Wasahlan ^-^

Wednesday, July 22, 2015

Kebimbangan Hawa Menanti Jodoh


Share
~ penantian : dari penyeksaan kepada kemanisan Ibadah ~
Saya rasa, ini bukanlah kali pertama saya menulis tentang ini. Ada beberapa artikel yang telah saya tulis menyentuh perkara yang sama.
Namun kali ini, satu utuskan lagi satu artikel bagi merawati kebimbangan kaum hawa. Mungkin bukan semua, tetapi sebilangan besar juga dari mereka. Kebimbangan bersulam keresahan, menghitung hari demi hari dan bulan demi bulan, bilakan tiba saat diri disunting orang.
Dalam penantian bersarung kemarau yang panjang, sesekali badai pula yang mendatang.
Musim lambakan kad walimah salah satu dari badai tersebut. Riak tenang di wajah yang kita pandang, ribut badai di hati siapa yang tahu. Dan siapa yang faham.

RAHSIA
Sesekali terfikir, entah apalah hikmahnya Allah rahsiakan detik tersebut dari anda? Mengapa tidak diberitahu sahaja lebih awal, bila saat tibanya lamaran dan siapakah insan istimewa yang bakal menghadiahkan lamaran tersebut? Tidaklah anda bersedih hati dan hidup dalam kegundahan menunggu jodoh tak kunjung datang.
Tetapi kita segera sedar, bahawa yang dirahsiakan itu bukan sahaja tentang jodoh, tetapi juga ajal.
Ia perkara pasti dan comfirm.
Allah Ta’ala berfirman :

Maksudnya : Katakanlah ; aku tidak mampu mendatangkan kepada diriku kemudaratan atau kemanfaatan melainkan apa yang dikehendaki oleh Allah. Tiap-tiap ummat mempunyai ajal, apabila tiba saat ajal mereka, sesekali tidak akan dapat mereka lambatkan walau sesaat, mahupun mempercepatkannya.
[ Yunus : 49 ]
Entah bila, tetapi ada. Entah bagaimana, tetapi pasti.
Nah, jodoh juga begitu. Puas difikir bila dan bagaimana, namun jawapannya tetap menjadi rahsia Allah.
Dan paling penting, kita diminta untuk meyakini ketetapan Allah tersebut. Kita diperintahkan untuk yakin bahawa suratan itu telah ada, dan tidak akan sesekali boleh diubah oleh sesiapa.
Dalam sebuah hadith Nabi s.a.w bersabda :
” Ketahuilah sekiranya seluruh ummat manusia berhimpun untuk mendatangkan satu kebaikan kepadamu, mereka sama sekali tidak akan boleh datangkan kebaikan tersebut melainkan apa yang telah Allah tuliskan untuk kamu, dan jika mereka berhimpun untuk mendatangkan mudarat kepada kamu, mereka sama sekali tidak akan boleh datangkan mudarat tersebut melainkan apa yang telah Allah tuliskan untuk kamu. Telah terangkat pena dan telah keringlah dakwat “
[ Riwayat Tarmizi : Dipetik dari kitab Riyadhus Salihin ]
Jodoh adalah salah satu dari rahsia Allah yang mesti diimani. Dan anda sedang menunggu detik terlaksananya ketentuan tersebut.

BOLEH JADI
Memang betul, melihat kawan-kawan anda seorang demi seorang dipetik pergi adalah satu perkara yang meresahkan. Apatah lagi jika kawan-kawan itu semuanya lebih muda daripada anda. Sedangkan anda masih terpaksa mengukir senyum pahit kepada mereka dalam usaha menyembunyikan rasa di jiwa.
Tapi pernahkah anda terfikir, boleh jadi Allah sengaja menangguhkan kehadiran lelaki soleh tersebut ( insyaAllah ) supaya anda mempunyai ruang dan peluang yang lebih besar untuk agenda persiapan?
Persiapan apa?
1- Diri sendiri. Luaran dan dalaman. Mungkin jika anda ditakdirkan berkahwin sebelum itu, akan mengundang kemudaratan pula kepada anda. Barulah terasa betapa sesalnya memasuki alam perkahwinan tanpa persediaan. Mungkin aspek kecantikan dalaman kurang dititikberatkan sebelum ini. Kecantikan hati, keindahan budi, ia mudah dikesan jika anda jenis yang mementingkan diri sendiri dan tidak kisah jika orang sekeliling berkecil hati. Kalau sudah berkahwin, sikap tidak baik ini boleh mengundang kebencian suami.
2- Pengurusan. Diri sendiri dan apa sahaja yang anda lakukan. Boleh jadi anda kurang menitikberatkan aspek pengurusan diri dan terlalu sibuk dengan kerjaya anda sahaja. Maklumlah, ramai juga kaum hawa yang menyibukkan diri dengan kerja-kerja demi melupakan persoalan jodoh. Termasuk juga dalam bab pengurusan ini ; kecantikan. Ramai orang yang diberi anugerah rupa yang cantik molek, tetapi dipandang hodoh sebab gagal pengurusan. Bahasa kasarnya, selekeh. Orang tengok pun tidak menarik. Kegemukan juga salah satu cerminan dari kegagalan pengurusan. Jadi, mungkin juga Allah tangguhkan detik tersebut supaya anda sedar dan baiki perkara-perkara ini.
3- Keluarga. Anda tahukan, bila sudah berkahwin, ketaatan anda sudah berpindah kepada suami. Keutamaan suami sudah berada di tangga ketiga selepas Allah dan Rasul, berbanding sekarang di mana tangga tersebut diduduki oleh ayah dan ibu. Boleh jadi Allah sengaja tangguhkan detik tersebut supaya anda dapat menghargai detik-detik bersama ibu dan ayah dalam tempoh tersebut. Boleh jadi juga Allah tahu, ibu dan ayah anda masih belum puas mendampingi anda sebagai anak dara mereka sebelum diambil menjadi isteri orang. Jadi berilah perhatian kepada ibu dan ayah selagi mereka masih menjadi yang utama dalam hidup anda.
Banyak lagilah ‘boleh jadi’ yang lain. Saya kira, anda boleh ‘nampak’ segala ‘boleh jadi’ tersebut sekiranya anda ambil sedikit masa untuk memperhalusi dengan mata hati. Ia bukanlah mahu menafikan ‘kemampuan’ anda, tetapi anggaplah ia sebagai ‘bonus’ dari Allah sebelum tibanya saat-saat bahagia dalam hidup anda.
Seperkara lagi, saya sarankan anda banyak belajar dari pengalaman dan nasihat mereka yang telah berumahtangga. Biasanya, kaum hawa yang dimaksudkan oleh saya dalam artikel ini adalah kaum hawa yang bukan umur remaja, pendek kata sudah dewasa. Jadi saya kira, adalah lebih mudah mereka mendampingi ‘puan-puan’ yang telah lama membina rumahtangga dan mencedok sebanyak mungkin pengalaman dari mereka. Anda mungkin tidak nampak kebaikan tersebut hari ini. Tetapi satu hari nanti, apabila anda telah sah bergelar isteri, anda akan sedar betapa berharganya setiap pengalaman orang lain dalam membantu anda mendepani alam rumahtangga.

KISAH MOTIVASI
Ini bukan cerita dongeng. Saya mahu hikayatkan kisah benar kepada anda. Kisah yang saya harap mampu menyuntik motivasi kepada anda supaya jangan bersedih ( la tahzan ) memikirkan tentang jodoh.
Suatu ketika dahulu ada seorang gadis yang mungkin ‘senasib’ dengan anda. Asal disebut saja tentang jodoh, awan yang cerah terus bertukar mendung. Adakalanya sampai hujan, siap ada guruh dan petir lagi. Banyak bayangan silam yang menerpa seterusnya mematikan sinar harapan kepada insan. Cuma Alhamdulillah, mati harapan kepada insan tetapi tidak mati harapan kepada Tuhan. Tali pergantungan dengan Allah tetap kukuh dan api keyakinan tetap cuba dimarakkan dari masa ke semasa. Setiap malam, sejadah dan Al-Quran menjadi teman setia. Siang harinya dia berusaha menjadi dirinya dan melangkah tabah menguruskan kerjaya.
Dalam saat-saat tersebut, lelaki yang tampil pula semuanya tidak jujur belaka. Sekadar nak kenal, sekadar nak berkawan, sedang yang diharapkan adalah seorang pemuda yang meyakinkan. Lalu dia tabahkan hati, digunakan segenap kesempatan yang ada untuk berbakti kepada kedua ibu bapanya. Sehinggalah dia menjadi puteri yang benar-benar menyejukkan hati kedua ibu bapanya dengan khidmat baktinya saban hari. Berkat kesabaran, keikhlasan dan ketabahannya, Allah hadirkan seorang pemuda yang merupakan bekas kawan lamanya tika di sekolah dahulu. Pemuda tersebut sekadar bertanya dan kemudian terus melamar kepada kedua ibu bapanya. Dua bulan kemudian, mereka berdua sah bergelar suami isteri.
Itu satu kisah, yang boleh menyentak jiwa sesiapa sahaja yang masih ragu dengan takdir Allah.
Satu lagi kisah, seorang guru agama yang kehidupannya biasa-biasa dan rupanya juga ‘biasa-biasa’. Tidaklah cantik rupawan, bahkan boleh dikatakan sukar mendapat tarikan. Namun hatinya cukup cantik. Teman-teman rapat sangat tahu tentang kebaikan ustazah tersebut. Malangnya, jodohnya belum tiba meskipun umur sudah terlalu hampir dengan angka 30. Tipulah kalau dikatakan dia tidak bimbang dengan masa depannya sendiri. Tetapi bagaimanapun ribut di dada, Allah tidak pernah diletakkan di tepi. Kerjaya mendidik anak-anak comel di sekolah agama diniatkan sebagai wasilah bagi mendapatkan rezeki yang berkat lagi halal. Juga sebagai ruang ‘latihan’ menjadi isteri dan ibu mithali suatu hari nanti.
Siapa pun tidak terfikir, seorang anak muda yang baru sahaja dikenalkan dengan ustazah tersebut terus berhasrat untuk mengambilnya sebagai isteri. Anak muda tersebut bukannya satu negeri, tetapi dari orang tengah yang mengenalkan, tengok gambar dan terus berkenan. Tidak sampai empat bulan, bertunang dan tidak lama kemudian ustazah tersebut sah menjadi isteri orang.
Kisah ketiga, juga melibatkan kaum hawa yang agak berusia, maksud saya bukanlah muda remaja. Beberapa kali diminta teman-teman rapat untuk membantunya menemui calon suami yang sesuai. Tetapi belum juga berhasil. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Kawan rapatnya seorang demi seorang diambil orang, dan dia bertindak menghilangkan ‘tekanan’ dengan memberikan sepenuh perhatian kepada pekerjaan. Dia aktif ke sana ke mari memberikan semangat dan dorongan kepada anak-anak muda. Siapa sangka, ada pemuda yang tertarik dengan jati dirinya dan kemudian terus merisik.Selang beberapa bulan, gambar bahagia dia dan suami menghiasi dinding facebook.
Semua kisah di atas, caturannya langsung terkeluar dari kemampuan otak manusia. Ia adalah takdir, yang dihadirkan Allah tepat pada masa dan ketikanya. Beribu-ribu orang sekalipun yang anda temui, mereka tidak akan mampu memberitahu anda tentang hari esok, melainkan apa yang mereka mampu hanyalah memberikan anda keyakinan agar terus teguh dalam menanti hari esok.
Dan saya juga begitu.
Saya bukanlah pengatur takdir, jauh sekali penentunya. Saya hanyalah pelukis kalam dengan seribu satu tekad, agar anda tidak lari dari teduhan sebuah pengharapan.
Percayalah, penantian anda itu tidak sia-sia.
Suram itu akan segera berganti cahaya.
Sabarlah.
Ia akan tiba dalam sedikit masa.
Allah itu ada. Dan kita akan terus meyakini-Nya.

Sekian.
Sumber dari http://www.myilham.com/blog/2012/01/kebimbangan-hawa-menanti-jodoh/

Tuesday, July 14, 2015

Ada Apa Dengan Hati??



Apa itu hati? Hati itu adalah seketul daging ciptaan Allah yang sangat istimewa. Punya perasaan yang tak bisa diungkap dengan kata2. Hanya sang pencipta hati yang maha tahu apa yang selalu bermain di situ. Manusia tak tahu, dan takkan pernah tahu dengan tepat ape yang kita rasa sampai la kita luahkan, betul?

Hati juga adalah tempat yang sangat rapuh. So, HANDLE WITH CARE. Jangan sampai patah tau. Nanti meranalah diri.. huhu.. Opss, cakap pasal patah hati, sape pernah patah hati kat sini??

Haaa, tipu xpernah.. Mesti penah punya ni.. kan2?? Sakitnya tuh di sini sangat rasa.. rasanya di hati, xkelihatan tapi bisanya tu amat2 pedih ibarat tertusuk sembilu tajam.. andai saja ada ubat tuk patah hati ni, cakap la mahal mana riban2 pon, kita mesti sanggup kumpul duit tuk beli kan?? Kalau ada jual..

Tapi kan, pernah tak kita pikir, sakit tu sape yg cipta? Mesti lah sang pemilik hati, Allah s.w.t. Hanya Dia yang bisa menyembuhkan kita, ya, ubat tu ada dengan Dia, xyah kuar duit mahal2.. Amek wudhuk, solat hajat 2 rakaat dan baca Quran, nak lagi best, baca surah Yaasin, sebab surah tu 'jantung' Quran. Letak tangan di hati, cakap "Mafi Qalbi Ghairullah" Tiada Tuhan di hati selain Allah.. In shaa Allah, mohon pada Allah, mintak Dia sembuhkan dan bentuk kembali hati kita yang dah remuk redam tu. Alahai, sedihnya bunyi, but itulah hakikatnya. Sape yang penah rasa je mengerti.

Its ok, from that, Allah nak kita belajar dan faham sesuatu bahawa cinta tak seharusnya memiliki.. cewah, dah mula ayat novel dah ni.. haha.. ok2, serius2.. dari situ jugak sebenarnya mungkin Allah nak bagi kita rasa dulu cinta Allah yang mencipta kita ni lebih besar dan suci nilainya dari cinta manusia yg tak sempurna, boleh jadi, bila kita lebih kenal Allah, kita akan lebih rasional pada relationship yang akan datang. Bila tu?? Hmm, tu jangan la tanya aku.. haha.. Allah maha tahu. So, ibrahnya, lepas ni, kita akan lebih berhati-hati dalam menyerahkan hati.. Hati hati dengan hati.

Salam Aidilfitri, lagi dua hari nak raya, maaf zahir batin, salam kosong-kosong ;)

Friday, July 3, 2015

Kisah Terawih Ramadhan



Hari ini atas beberapa sebab, Allah bg peluang terawih di sebuah masjid di kawasan yg minoriti saja Muslim.
Dalam jemaah muslimah yg xsampai 2 saf tu, ak nmpak seorang mak cik yg lebih kurg sebaya dgn nenek aku, tekun belek mushaf Quran yg besar depan dia setiap kali imam baca surah2 tu setiap rakaat antara solat terawih. Masuk rakaat ke 8, mak cik tu sujud lama sangat..
Bila jemaah laen sentuh dia, rupanya dia dah xsedarkn diri. Allahu Akbar, sebijik mcm dlm tv ak tgok. Semua kecoh dn kelam kabut bawak mak cik tu pegi hospital. Moga segalanya baek2 saja. Tiba2 rasa cemburu dgn mak cik tu klau Allah benar2 panggil dia dlm bulan mulia ni sedang dia dlm keadaan beribadah penuh khusyuk pada Tuhan.
Allahu rabbi, besar hikmah Allah nk tunjuk.