Ahlan Wasahlan ^-^

Tuesday, June 30, 2015

Ketenangan Yang Di Cari Itu Ada Pada Ilahi

Salam Ramadhan, Ramadhan Kareem, Allahu Akram!!

Alhamdulillah, masuk hari ni telah 13 hari kita melaksanakan ibadah puasa lillahi ta'ala. Moga Allah terima amalan kita semua in shaa Allah. Dah lama jugak xhapdet blog ni, bila baca balik penulisan lama aku, rasa indah je ayat2 aku, tapi skang, cam rojak buah jual kat bazar ramadhan ade, cam ikan masak tiga rasa pon ade, semakin menggila2 ayat aku neh.. haha.. haip, bebulan pose ni cakap pasal makanan plak.. hii (^_^,)

Ok straight to our topic today. Dua tiga bulan ni, hati aku selalu dilanda rasa yg resah dan gelisah, mandi xbasah, makan xkenyang, tdo xlena, eh, over la tu.. hehe.. Ok2, xnk maen2, kali ini serius..
*serius mode sambil betulkan tudung ustazah fatimah syarha, ececeh*

Kegelisahan tu berpanjangan sampai la dua tiga hari sebelum Ramadhan, aku nekad tuk lebih dekatkan diri pada Allah. Apa yang aku nak kongsi kat sini ialah kalau kita betul2 pasang niat nak dekatkan diri pada Dia, Dia akn bagi petunjuk kat kita melalui macam2 cara, dari pelbagai arah yang tidak kita sangka2.

Haritu, tengah2 browse youtube cari lagu Ramadhan (semangat Ahlan wa sahlan ya Ramadhan la katakan) tetiba Allah arahkan mata aku pada list video ceramah Ustaz Dusuki Rani. Tajuk dia, Menghadapi Ujian Allah. Tangan yang Allah cipta ni tanpa sedar terus klik pada video tu. Masha Allah, setepek kena tegur n nasihat direct dengan Ustaz. Bukan tu je, habis satu topik, muncul pula topik yang laen yang memang sebijik memujuk hati yang menjeruk rasa ni. Allah kata, kalau kita dah mula berbicara dengan Allah akan ujian hidup...

Ok sambung esok ea, nak balik dulu nanti kang ade yg berbuka atas jalan raya.. hihi