Ahlan Wasahlan ^-^

Friday, March 27, 2015

Ayuh bangkit!! Langit tak selamanya mendung, akan muncul sang mentari di akhirnya =)



Assalamualaikum, salam sayyidul ayyam, apa khabar hati? Apa khabar iman? Dah Kahfi? Selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w? Jom sama2 berdoa, ambil keberkatan di hari Jumaat yang barakah dan mulia ni.

Sejak dua menjak ni rasa macam nak aktif balik la menulis kat sini. Ecece, yelah tu farhana, dulu pon masa mula2 menulis cakap camtu gak, tapi pastu, sampai bersawang2 blog ni ko tinggal.. haha..

Ok lah, sebenarnya dalam minggu ni xbanyak sangat workload, so ada la sedikit masa untuk mengekspresikan diri di ruangan maya ni.. huhuhu..sesambil menabur dakwah sepi buat sesiapa saja yang membaca or terbaca blog yang ntah hape2 ni..huhu

Hamboi panjang plak membebel entrinya ye.. Ok2.. so hari ni Kak Long just nak share pasal satu lagu ni yang berjaya buat Kak Long bangkit semula setiap kali diri ini diuji dengan dugaan hidup, actually dari zaman belajar lagi.

Ape? Ujian hati? Ish korang ni, tak semestinyalah..Haish tau lah k.long ni dah tua, tapi xyahlah nak perli2 k.long an? hahah.. Ujian tu kan banyak benda, ujian kerja, kewangan, kawan2, keluarga dan sebagainyalah.. Even yang korang rasa bahagia tu pon sebenarnya ujian nak tengok korang bersyukur atau tak. .

Ok lah, selamat menghayati setiap bait2 lagu ni ye hadek2 sekalian. Dalam setiap maksud dalam lirik lagu ni, tapi in shaa Allah mampu menghidupkan kembali semangat insan yang mendengarnya.. La Tahzan, Allah ada. Dia sayang sangat2 kat kita =)

Ingat ni~

 “Ketika Allah rindu pada hambanya, ia akan mengirinkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian.

Dalam hadith kudsi Allah berfirman;
Pergilah pada hambaKu lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.” (HR Thabrani dari Abu Umamah)”

Wednesday, March 25, 2015

Hati Aku, Hati Dia dan Kau, Allah yang Punya~

Fuhh, fuhh, fuhh, tiup sket habuk2 kat blog yg da lame xhapdet ni.. Dah nak masuk 8 bulan da terbiar bersawang2.. Dan dalam kesenyapan tersebut, macam2 mehnah dan ujian Allah datang bertalu-talu di taman hati ni.. Huhuhu, but dont wory, inilah kehidupan yang akan lebih mematangkan kita, He is alwayz there, dear =)
So, hari ni, just nak share nice writing yg penuh motivasi dan memotivasikan diri. Semoga bermanfaat~

Kita tak boleh padam apa yang telah terjadi, tapi kita sentiasa ada peluang untuk mulakan sesuatu demi masa depan.
Yang berlalu biarkan berlalu. apa yang kita pilih untuk jadi pada saat ini, itulah yang akan menentukan keseluruhan cerita kita.
Tuhan selalu ada untuk kita percaya pada apa jua akhirnya takdir.
Hidup ni satu proses. ye, mungkin awak terluka pada awalnya. tapi pada akhirnya in shaa Allah ia akan berbaloi.
Cinta macam proses membesar, nak belajar berdiri, berjalan, berlari, berapa kali kita jatuh? Dan akhirnya kita boleh jugak buat kan?
Berapa kali pun kita jumpa orang yang kita cinta, kalau bukan jodoh, mesti akan sakit.
Tapi percayalah, akhirnya kita akan jumpa, akan end up dengan orang yang betul, yang akan bersama dengan kita sampai akhir hayat.
Impian yang kita simpan, biar pada-Nya, hanya pada-Nya. cari jawapan dalam setiap solat dan doa.
sebab tak semua benda sesuai dikongsikan dengan manusia, walau dengan orang yang kita paling sayang pun.
Doa adalah cara untuk meminta Tuhan memelihara & membahagiakan kita, kerana cinta tak lahir dari janji tapi mekar dari bisik kepada Ilahi. Ingat tu!
Sebab cinta mungkin lenyap dalam runtuhan mimpi, tapi ia takkan hilang dari simpanan doa.
Kalau doa awak tak pergi kepada orang yang awak nak, mungkin ia untuk orang lain.

"Yakinlah demi Tuhan, takdir tersurat dalam acuan yang berbeza"

Dia ada jalan lain awak ada jalan lain. pada akhirnya akan tiba juga bahagia, walau pun jalan awak dan dia berbeza.
In shaa Allah semuanya kerana Allah, datang dan pergi kerana Allah, bertahan dan melepaskan kerana Allah, ketawa dan menangis kerana Allah smile emoticon
Aim for the future.
via sederhana—indah