Ahlan Wasahlan ^-^

Monday, March 10, 2014

Dear Malaysia Airlines MH370, Please Come Home =(


Dear all beloved  bros & sis of MH307, though we’ve never met each other, but my heart feels so touched, nak buat kerja pun my heart can’t stop thinking on you, haissh :’( It has been more than 48hours.. Near..far….wherever U r, I believe dat the heart does go on.. Keep holding on.. Doaku dan semua sntiasa bersamamu & U r always in our heart, ameen~

#prayforMH370 #ourprayforyou #nevergiveup #prayforthebest #jiayou#wealwayswithu #keeppraying #myheartwillgoon

Friday, March 7, 2014

Ada Apa Dengan Doa??

*Salam Jumaat, Penghulu Segala Hari*

Apa khabar hati kita hari ni?  Dah ucapkan rasa syukur pada Allah? Pernah tak kita duduk sorang2 kan, lepas tu kita review balik smue rahmat dan kebaikan yang kita miliki sekarang? Cuba ingat, ada tak benda2 yg berlaku dlm hidup kita, yang kita tak pernah mintak pun tapi Allah bagi?

Dan, ada tak kita perasan kadang2 kita minta laen, tapi dapat yg lebih baek? Sedar tak kte, itu smue kesan dari doa2 yg xputus2 kte mintak kat Allah dulu. Even kadang2, kte sndiri pun dah xingat doa yg kte ucap tu. Tapi, Allah tetap ingat, Dia tau setiap apa yg tersirat dlm ati kte. Dia tau.. sebab Dia sayang kita :')

Yang penting, kte kena yakin sepenuhnya dgn kuasa Allah~~ Ingatlah, sedangkn doa Iblis laknatullah yg ingkar tu pun Allah kabulkan, apatah lagi Hamba2-Nya yang tak jemu merayu pada-Nya 

Thursday, March 6, 2014

Ayuh, pancing rezeki dengan sedekah!!


Ada ape dgn sedekah? Boleh pancing2 pulak ea? Iye.. Percayalah.. Sekadar dari pengalaman sendiri yg tak seberapa.. Dalam bulan ni je banyak sangat benda2 yang perlu aku jelaskan pembayarannya.. Yelah, orang baru nak bina kehidupan.. lagipun nak jadi lawyer ni pun byk nak pakai duit awal2 ni tuk byr fees and what not... So, apa yg boleh dikatakan, sememangnya duit perbelanjaan tuk bulan ni terpaksalah dijimat cermatkan.. 

So, satu benda yang sangat ajaib rasanya berlaku atas diri aku hari ni yg nk dikongsikan di sini.. mengenai SEDEKAH.. Niat di hati bukan ingin menunjuk apatah lagi riak.. Tidak sama sekali. Ceritanya macam ni, simple je, aku just rasa nak belanja kawan2 makan, walaupun tau duit dlm poket semakin 'kering'.. Tapi, demi kawan, apalah sangat.. Bukan selalu.. So, aku hanya harapkan kebaikan daripada Allah..

Tiba2, tak lama lepas tu handphone aku berbunyi.. ada message kat inbox.. Owh, rupanya kawan aku yang pernah berhutang ngan aku dulu bagitau yang dia minta maaf sebab lupa akan hutangnya dan dia baru je buat payment.. Masya Allah, alhamdulillah.. Ya Allah, kau bagi aku rezeki ya Allah.. Pantasnya pulangan daripada-Mu :') Macam nak nanges pun ada. Sememangnya “Siapa yang memberi pinjaman kepada Allah dengan pinjaman yang baik, maka Allah akan melipatgandakan balasannya dan baginya pahala yang mulia”(QS. Al-Hadiid 57:11) dan:


“Tidak akan pernah berkurang harta yang disedekahkan . . . . . Kecuali ia bertambah … bertambah … bertambah …” (HR At-Tirmidzi)



Tuesday, March 4, 2014

Segala Kejayaan Hanya Pinjaman Dari-Nya~

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.. Tiada ucapan sehebat kalimah yg satu itu.. syukur atas kurniaan Ilahi menjadikan aku sebagai aku yang sekarang.. Dah lama benar rasanya tak singgah di blog usangku ini.. Dan hari ni, Allah beri ilham untukku kembali aktif menulis sebagai salah satu jalan dakwah yg mampu aku lakukan walau mula dihimpit kesibukan kerja.. Ya, aku sudah bekerja, bukan lagi seorang pelajar macam dulu2.. Kalau entri yg dulu aku sering mengadu betapa susahnya bidang yg aku ambil, hari ini, detik2 kesusahan itu lah yg paling aku rindukan.. Betapa pantas masa berlalu, seakan tidak percaya, akukah yang tulis entri2 itu?? Dan hari ini, aku kembali sebagai seorang yang baru, yang lebih matang dalam menempuh kehidupan baru sebagai seorang peguam.. Ok, rasanya sampai di sini dulu ya, lunch hour dah abes, bakal disambung ya ;)