"Allahu akbar", adik kecil bertudung pink comel tu pun qiam, rukuk dan sujud, betul2 depan sejadah aku. Berhadapan.. Aku rukuk, dia rukuk. Aku sujud, dia sujud. Macam cermin aku je lagaknya. Dalam hati aku "Alamak, ni karang ada yang terhantuk kepala ni, adik." Sesekali solat jadi sedikit kurang khusyuk, bila adik comel tu tengok je segala gerak geri solat aku. Dari Solat Isya' sampai Terawih, adik tu tak jemu buat benda yang sama, walaupun aku dah ajak solat sebelah aku. So, aku biarkan je dia dengan cara dia yang agak pelik tu. Solat belakangkan kiblat sambil mengadap aku. Hihi, comel sangat (^_^)>
Usai habis je solat, aku pun terdetik dalam hati, mungkin adik kecil tu tertarik dengan sejadah kecil yang aku gunakan tuk lapik dahi tu kot. Biasalah, budak2, memang tertarik dengan benda yang comel dan berwarna. Lalu aku pun hadiahkan la sejadah tu kat dia sebab nampak dia suka sangat berkongsi sujud ngan aku tadi atas sejadah kecil tu.
Dia geleng kepala. Dia cakap tak nak. Aik, pelik la pulak budak ni, tadi beria berebut nak sujud kat atas sejadah ni, sampai nak terhantuk2.. Tiba2, mak budak comel tu datang, mintak maaf kalau2 adik tadi dah ganggu solat aku. Mak dia cakap, adik tu memang dah ada sejadah kecil dia sendiri. Cuma, mungkin dia asyik tiru setiap pergerakan solat aku sebab aku tak pakai telekung macam orang lain. So adik tu nampak jelas setiap pergerakan aku, yang dia tak boleh nampak pada muslimah lain yang bertelekung. Serius aku tak sempat bawak telekung, sebab abes je program terus pegi ke surau tu. Dengan jubah yang aku pakai, dan kebetulan ada sejadah kecil tu dalam kereta. Pakai stokin terus solat. Tapi jujurnya, aku lebih selesa bertelekung, lebih sopan.
Ibrahnya, secara tak langsung, berjaya buatkan adik tu solat dengan cara yang betul bila dia nampak segala pergerakan solat kita dengan jelas, dari takbiratul ihram, duduk antara dua sujud, syahadah, tahiyyat hingga salam. Alhamdulillah, mungkin aku hanya sebagai asbab, tapi segala yang baik adalah dari Dia. Sekadar berkongsi cerita, bukan untuk dibangga2. Btw, bagus adik tu, baru masuk dua tahun lebih, tapi dah pakai tutup aurat, rajin ikut solat, moga jadi wanita solehah ye adik. Nak panggil "adik" ke "nak" ye? Eh?!! Haha.. Bajet muda plak, hihi =P
Wahai Muslimah, solatlah walaupun tanpa telekung, selagi mana pakaian kita patuh syarie dari segi penutupan auratnya, tidak nipis/jarang/ketat dan bersih dari segala najis. Islam itu mudah. Siapa tahu, anda pula selepas ini menjadi "model" tarbiah untuk adik2 comel yang baru nak belajar solat? In shaa Allah, moga bermanfaat ;)
Ahlan Wasahlan ^-^
Monday, July 7, 2014
Tuesday, May 27, 2014
Sungguh, aku cemburu~
Aku cemburu melihat sahabat2 seperjuanganku yg satu ketika dulu sama2 berjuang menyampaikan ilmu dan kasih sayang pada mereka yang memerlukan di luar sana.. kini, sebahagian mereka tetap dalam halaqah dn misi yang sama.. aku?? Jauh terperuk di selatan tanah air, terperangkap di balik timbunan fail2 kes yang entah bila akan selesai.. Hanya satu yang jadi penghalang, iaitu JARAK.. Ya, 350km itu jadi penghalang utama aku untuk turut serta.. di samping tanggung jawab pada mak dan ayah aku yang memerlukan khidmat bakti anak sulungnya ini di rumah.. Jauh di sudut hati, aku teringin sangat2 tuk turut serta bersma2 mereka, berbakti pada masyarakat, menyampaikan ilmu yg aku tau, jadi fasilitator/motivator macam yg aku pernah jadi dulu.. seronok sangat :')
Tapi, aku redha jika ini takdir yg telah Allah tetapkan untukku.. Suka sangat aku ambil ibrah dari kisah Uwais Al-Qarni, (kisahnya telah aku kupas dalam FB).. Siapa beliau? Beliau adalah insan yang tidak dikenali di dunia tapi namanya mengharum di kalangan penduduk di langit.. Beliau bukan sahabat Rasulullah s.a.w, tetapi sentiasa ingin dan mengidamkan duduk bersama dalam halaqah Baginda s.a.w.. JARAK juga jadi faktor utama yang menghalang beliau dari bertemu dan bersama2 kumpulan dakwah Rasulullah s.a.w. Dan juga tanggung jawab beliau pada ibu yang terlalu tua dan sakit.. Namun, atas keikhlasan dan cinta-Nya itu, Allah telah sampaikan hasratnya pada Rasulullah s.a.w sehingga Baginda pernah berpesan pada Abu Bakar & Umar, jika datang pada kalian seorang insan yg bernama Uwais, mintalah doa dari beliau, kerana doanya sangat makbul.. salah satunya kerana ketaatannya pada ibunya yg uzur sehingga sanggup ketepikan segala keinginan dan rindu tuk bertemu Rasulullah s.a.w.
Aku juga ingin jadi seperti itu, walau aku tau, kasih & sayangku pada mak dan ayahku tak sehebat kasih Uwais pada ibunya.. Biarlah tak dapat berbakti secara lahiriah pada insan, asalkan kewajipan yang wajib aku taati aku turuti.. Walau tidak turun padang, aku akan tetap menyumbang dalam pelbagai wasilah buat mereka yang memerlukan.. Wasilah yang biarlah hanya aku & Dia yang tahu.. Moga Allah redha~~

Friday, April 4, 2014
Jodoh~ Siapa?? Di Mana?? Bila?? Bagaimana??
Haa?? Kenapa? Terkejut dgn tajuk ni?? Yelah, tak pernah kan aku post pasal benda2 ni.. Tiba2 hari ni ada masa pulak terfikir nak citer pasal bab ni..
****Wedding invitation bla..bla..bla...****
Kebetulan hari ni xbanyak sangat workload.. Just sign2 document mana yg patut, maklumlah, orang dah ada sijil amalan.. Alhamdulillah =) Ok straight to our topic today.. Yup, ada apa dengan jodoh?
Memang ada apa2 sangat.. sebab, diri ni dah mula sesak diasak dengan soalan2 cepumas yg sememangnya menyesakkan jiwa raga..
**Bila nak kawen?? Kan dah keje??**
**Anak jiran sebelah habis belajar je terus kawen, Along nak tunggu sampai bila?**
huhu.. especially daripada nenek aku di kampung.. yelah, adik aku dah ada calon katernyer.. aku? Fuhh.. Penat sebenarnya memikirkan soal ni, bahkan lebih penat rasanya kalau nak dibandingkn dgn memikirkn masalah klien kat ofis tu.. Siapa sangka kunjungan Tok Yah (paggilan tuk nenek aku) Januari lepas ke rumah aku menjentik kembali kerungsingan aku pasal ni..
Tok Yah : Along Nana, hang takda partner lagi ka? (Tok Yah cakap dialek P.Pinang sebb asal dari Bagan Serai tapi duduk kat Perak)
Aku : Partner?? Ada kat ofis. Rakan kongsi kat firm kta panggil partner.. Kalau yg tu adalah Tok Yah ( Jawabku bergurau)
Tok Yah : Hissh, hang ni.. bukan yg tu.. Maksud Tok Yah, kawan istimewa lah.. Blajaq kat U dulu xkan xdak sorang pun, adik hang dah ada dah ni.. Hang bila? (Dush, amek kau.. huhu.. Cett, pandai pulak tok yah aku sorang ni nak korek rahsia.. huhu)
Aku : Ala, xsempat nak cari la Tok Yah.. Ada nanti, Along kawen je terus xyah kawan2 lagi.. hihi (haha, itu jwpn klise yg dah berzaman aku guna..Sungguh dalam hati, hanya Allah yg tau betapa dah lama aku bermujahadah dari mendekati apa yg Dia larang.. yg kumahukan bukan cinta biasa2, aku mahu cinta High Class, bak kata Ustazah Fatimah Syarha, novelis kesayanganku)
Tok Yah : Tok Yah ni dah tua. Entah sempat entah tidak nak tengok cucu sulung Tok Yah ni naik pelamin.. (sambung Tok yah dengn nada sayu)
Allahu Akbar.. sedih pulak tetiba.. Tok Yah, Along bukan tak usaha Tok Yah.. Along sedang cuba dan berusaha menjadi yg terbaek, sedang cuba menghidupkan solehah dalam diri, sedang mantapkan ilmu dan diri untuk ke alam yg satu tu.. Dan mungkin Si Dia yang Along nanti juga sedang mempersiapkan dirinya juga.. Along yakin, sampai masa nanti, bila sama2 dah mantap peribadi, agama dan akhlak, Allah akan temukan kami dalam redha-Nya.. Siapa dia? Itu bukan urusan kita.. Itu ketentuan Allah.. Milik kita hnya usaha.. Seperti mana kata2 Ustaz Pahrol Mohd Juoi, "Jika tepat pada masa, ketika dan siapa, cinta adalah satu kuasa luar biasa yang tidak ada tandingannya".. Bukan tak jelez bila tengok kawan2 sebaya dah mula bina mahligai dunia, dan ada yg sedang sibuk menguruskan "ulama' kecil" lagi di rumah.. Suke tengok ^^, Comell =)
Tapi, sungguh jodoh itu rahsia Allah.. Allah telah berfirman dalam Surah An-Nur ayat 26, bahawa lelaki yg baek untuk perempuan yang baek dan sebaliknya.. Lalu, tunggu apa lagi, diri ni kena la jadi baek lagi, sebab skang mungkin belum cukup baek lagi.. In shaa Allah.. Panjang pulak entri kali ni.. hmm, sebab dah lama xhapdate kan.. Ok, dah nak balik.. Tata~~
p/s: Jodoh itu urusan Allah.. sebagai hambaNya berusahalah yang terbaik dalam urusan ini, namun yang sesekali lupa untuk menyandarkankannya dengan tawakkal pada Allah semata~
Monday, March 10, 2014
Dear Malaysia Airlines MH370, Please Come Home =(
Dear all beloved bros & sis of MH307, though we’ve never met each other, but my heart feels so touched, nak buat kerja pun my heart can’t stop thinking on you, haissh :’( It has been more than 48hours.. Near..far….wherever U r, I believe dat the heart does go on.. Keep holding on.. Doaku dan semua sntiasa bersamamu & U r always in our heart, ameen~
#prayforMH370 #ourprayforyou #nevergiveup #prayforthebest #jiayou#wealwayswithu #keeppraying #myheartwillgoon
#prayforMH370 #ourprayforyou #nevergiveup #prayforthebest #jiayou#wealwayswithu #keeppraying #myheartwillgoon
Friday, March 7, 2014
Ada Apa Dengan Doa??
*Salam Jumaat, Penghulu Segala Hari*
Apa khabar hati kita hari ni? Dah ucapkan rasa syukur pada Allah? Pernah tak kita duduk sorang2 kan, lepas tu kita review balik smue rahmat dan kebaikan yang kita miliki sekarang? Cuba ingat, ada tak benda2 yg berlaku dlm hidup kita, yang kita tak pernah mintak pun tapi Allah bagi?
Dan, ada tak kita perasan kadang2 kita minta laen, tapi dapat yg lebih baek? Sedar tak kte, itu smue kesan dari doa2 yg xputus2 kte mintak kat Allah dulu. Even kadang2, kte sndiri pun dah xingat doa yg kte ucap tu. Tapi, Allah tetap ingat, Dia tau setiap apa yg tersirat dlm ati kte. Dia tau.. sebab Dia sayang kita :')
Yang penting, kte kena yakin sepenuhnya dgn kuasa Allah~~ Ingatlah, sedangkn doa Iblis laknatullah yg ingkar tu pun Allah kabulkan, apatah lagi Hamba2-Nya yang tak jemu merayu pada-Nya

Thursday, March 6, 2014
Ayuh, pancing rezeki dengan sedekah!!
Ada ape dgn sedekah? Boleh pancing2 pulak ea? Iye.. Percayalah.. Sekadar dari pengalaman sendiri yg tak seberapa.. Dalam bulan ni je banyak sangat benda2 yang perlu aku jelaskan pembayarannya.. Yelah, orang baru nak bina kehidupan.. lagipun nak jadi lawyer ni pun byk nak pakai duit awal2 ni tuk byr fees and what not... So, apa yg boleh dikatakan, sememangnya duit perbelanjaan tuk bulan ni terpaksalah dijimat cermatkan..
So, satu benda yang sangat ajaib rasanya berlaku atas diri aku hari ni yg nk dikongsikan di sini.. mengenai SEDEKAH.. Niat di hati bukan ingin menunjuk apatah lagi riak.. Tidak sama sekali. Ceritanya macam ni, simple je, aku just rasa nak belanja kawan2 makan, walaupun tau duit dlm poket semakin 'kering'.. Tapi, demi kawan, apalah sangat.. Bukan selalu.. So, aku hanya harapkan kebaikan daripada Allah..
Tiba2, tak lama lepas tu handphone aku berbunyi.. ada message kat inbox.. Owh, rupanya kawan aku yang pernah berhutang ngan aku dulu bagitau yang dia minta maaf sebab lupa akan hutangnya dan dia baru je buat payment.. Masya Allah, alhamdulillah.. Ya Allah, kau bagi aku rezeki ya Allah.. Pantasnya pulangan daripada-Mu :') Macam nak nanges pun ada. Sememangnya “Siapa yang memberi pinjaman kepada Allah dengan pinjaman yang baik, maka Allah akan melipatgandakan balasannya dan baginya pahala yang mulia”(QS. Al-Hadiid 57:11) dan:
“Tidak akan pernah berkurang harta yang disedekahkan . . . . . Kecuali ia bertambah … bertambah … bertambah …” (HR At-Tirmidzi)
Tuesday, March 4, 2014
Segala Kejayaan Hanya Pinjaman Dari-Nya~
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.. Tiada ucapan sehebat kalimah yg satu itu.. syukur atas kurniaan Ilahi menjadikan aku sebagai aku yang sekarang.. Dah lama benar rasanya tak singgah di blog usangku ini.. Dan hari ni, Allah beri ilham untukku kembali aktif menulis sebagai salah satu jalan dakwah yg mampu aku lakukan walau mula dihimpit kesibukan kerja.. Ya, aku sudah bekerja, bukan lagi seorang pelajar macam dulu2.. Kalau entri yg dulu aku sering mengadu betapa susahnya bidang yg aku ambil, hari ini, detik2 kesusahan itu lah yg paling aku rindukan.. Betapa pantas masa berlalu, seakan tidak percaya, akukah yang tulis entri2 itu?? Dan hari ini, aku kembali sebagai seorang yang baru, yang lebih matang dalam menempuh kehidupan baru sebagai seorang peguam.. Ok, rasanya sampai di sini dulu ya, lunch hour dah abes, bakal disambung ya ;)
Subscribe to:
Posts (Atom)